Pengarah popular dengan drama Ariana Rose, Aurora Aisyah, Hanya Di Atas Kertas ini dilaporkan meninggal dunia ketika tidur.

Difahamkan, karya drama berjudul Pesan Dari Hati, masih dalam proses pembikinan dan sepatutnya hari ini, allahyarham kembali ke set penggambaran.

Sementara itu, antara rakan selebriti yang menyampaikan ucapan takziah di Instagram adalah pelakon Anne Abdullah dan Rita Rudaini yang pernah bekerja di bawah arahan Allahyarham.

Untuk rekod, Raja Ahmad Alauddin pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia menerusi filem Hati Bukan Kristal. 

Difahamkan jenazah akan dibawa ke Masjid Shah Alam untuk disembahyangkan sebelum dimakamkan di Makan Diraja Shah Alam selepas solat Asar. 

Al- Fatihah…Semoga roh Allahyarham tenang di sisi pencipta.