Hiburan By: SGMS Faida May 30, 2019 @ 12:09pm

‘Ala…Belon Je Kot- Pengasas Bengang Disindir Peminat Neelofa?

Kecoh di laman Facebook semalam apabila pengasas Glowing Party House, Masviona Muhamad meluahkan rasa bengang terhadap pengacara terkenal, Neelofa.

Isu dikatakan bermula selepas pengacara jelita itu dilihat kurang senang dengan kehadiran belon di atas pentas program Meletop sempena meraikan satu juta pengikut di Youtube mereka.

Susulan insiden itu, Masviona tampil memberi penjelasan dia tidak berniat meraih publisiti dengan sengaja memburukkan pengacara wanita itu.

“ Paling penting saya nak semua tahu yang saya tak mintak benda nih jadi seviral ini. Tak pernah! Ini juga bukan taktik marketing murahan saya. FYI, saya tak perlukan marketing sebegini untuk bisnes saya. malahan saya cukup anti dengan mereka yang menggunakan taktik marketing tak tidak beretika ini,” katanya.

Dalam masa sama, dia yang sudah mengusahakan perniagaan ini selama 10 tahun kecewa apabila usahanya membangunkan perniagaan diperlekeh netizen.

“ Ada yang perlekehkan saya. Katanya ala belon je kot? Ye belon, tapi dengan belon nih lah saya membangunkan syarikat saya dari sekecil-kecil bisnes sehingga beberapa cawangan ini, dengan belon ini jugalah saya menyara keluarga saya dan juga keseluruhan pekerja saya setiap bulan. Bayar segala macam overhead syarikat dan juga bil.

“ Ada yang cakap, alah belajar buat belon sampai ke Singapura, Amerika semua? Ye betul sebab saya berpandangan jauh dalam bisnes saya. Sembilan ke 10 tahun lepas semasa saya menceburi bisnes belon nih rakyat malaysia dikala tu masih terpinga-pinga lagi dengan seni dekorasi belon malahan sehingga kehari ini masih ramai yang tidak dapat membezakan apa itu helium balloon dan apa itu balloon normal air,” tulisnya.

Tambahnya, dia kecewa apabila dikecam netizen yang menyifatkan sebagai pengusaha, dia tidak seharusnya mudah sentap.

“ Ini bukan isu sentap semata-mata tetapi lebih dari itu ia adalah isu mengenai adab dan hormat. Percayalah selama ini saya tidak pernah sekalipun membuat luahan seperti ini, malahan syarikat saya telah berkolaboras dengan produksi MeleTop selama hampir 6 tahun. Pernah ke ada status luahan seperti ini? Tak pernah sekali pun tetiba2 kali ini ada sudah tentulah ada sebabnya kan,” luahnya.

Masviona juga tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai hal ini lagi dan tambahnya dia tidak obses untuk mengejar glamour dengan cara memalukan.

“ Ada yang kenal saya secara peribadi mungkin fahamlah bagaimana saya menjaga privacy saya selama ini ataupun anda pekerja atau bekas pekerja saya maka anda tahulah macam mana saya minta mereka menjaga rahsia siapa boss syarikat yang sebenarnya.

“ Kehidupan saya sudah cukup bahagia selama ini jadi sekiranya anda tak suka dengan tahap sentap dan ketidak professional an saya anda dipersilakan untuk tidak membaca status saya, tidak like status saya dan tidak follow saya. Dipersilakan dengan hormatnnya. Silakanlah,” akhirinya.

Mungkin ada penjelasan daripada pihak Neelofa pula selepas ini? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022

Gabungan 3 Pengarah Tersohor & 1 Ketua Juri, Program Realiti Fit For Action Cungkil Bakat Pelakon Baharu!

Wow! Untungnya 12 Peserta progam realiti pencarian pelapis pelakon versatil Fit For Action dapat berguru dengan tiga pengarah hebat, Heykal Hanifah, Aziz M Osman & Ellie Suriaty! 🤩 Saksikan Fit For Action mulai 3 September 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam di TV3!

Featured Thu, 10 Nov 2022
Featured Thu, 20 Apr 2023

Tema Warna Hitam Jadi Pilihan, Sambutan Hari Raya Aedy Ashraf Tak Lengkap Tanpa Rendang Hijau Tradisi Keluarga!

Sedondon dengan Amelia ke tu? Heheheh ❤️❤️ Selamat Hari Raya Aedy!

Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Kenapa Pak Nil Emosi Tengok Drama TV3 Ni?

Geram dengan watak Husna dan Nek Pah pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi turut emosi menonton drama Jangan Benci Cintaku yang disiarkan di TV3