“Alami Migrain, Sakit Tekak & Berat Kepala Tetapi Tidak Teruk…” – Daiyan Trisha Positif COVID-19

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha memaklumkan bahawa beliau kini disahkan positif Covid-19.

Berita itu dikongsi Daiyan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi.

“Hi, salam semua. Dengan berat hati saya ingin memberitahu bahawa saya telah disahkan positif COVID-19.

“Pada awalnya saya menjadi kontak rapat dengan salah seorang krew produksi yang disahkan positif pada Khamis dan ketika itu ujian saya masih negatif. Tapi Daiyan rasa tak sedap badan kebetulan haritu Daiyan ada majlis yang nak kena pegi. 

“So, Daiyan terus buat test pagi semalam dan keputusannya adalah Positif,” katanya.

Selain itu, Daiyan kini sedang mengamalkan kuarantin kendiri di rumahnya. Malah, krew produksi yang lain juga terpaksa berhenti daripada meneruskan penggambaran dan menjalani kuarantin selama 10 hari.

Simptom tidak teruk tapi…

Menurut pelantun lagu Penat ini juga, sebelum mengetahui dirinya positif COVID-19 , beliau hanya mengalami simptom seperti migrain, sakit tekak dan kepala terasa berat.

Justeru itu, Daiyan berharap kepada mereka yang pernah berhubung dan menjadi kontak rapat nya dinasihatkan agar mendapatkan rawatan dan ujian segera.

 

Salma Syahbuddin