Hiburan By: SGMS Enal June 22, 2019 @ 7:34pm

Alif Satar Tak Sabar Tunggu Baby ‘A’

Penyanyi yang juga bapa kepada dua cahaya mata perempuan, Alif Satar berkongsi rasa teruja bakal menimang anak lelaki tidak lama lagi.

Memberi bayangan huruf A untuk nama anak lelakinya yang bakal lahir itu, Alif berharap kehadiran bayi lelaki ini bakal menyerikan lagi keluarga kecilnya bersama isteri, Sha Dila.

“Tidak ramai sebenarnya yang mengetahui mengenai jantina anak ketiga kami ini kerana hanya dikongsikan kepada keluarga terdekat saja. Sambutan perkongsian jantina ini bukanlah secara besar-besaran sebaliknya kegembiraan ini diraikan bersama pada bulan Syawal.

“Alhamdulillah…tidak lama selepas keguguran, saya dan isteri diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga. Sudah lama sebenarnya doktor berkongsi mengenai jantina anak ketiga kami, cuma selepas mendapat pengesahan ketika pemeriksaan baru-baru ini, kami akhirnya memaklumkan berita gembira ini.

“Seperti semua sedia maklum, saya memang menyukai kanak-kanak dan berharap dikurniakan bilangan anak yang ramai. Namun, semunya diserahkan kepada rezeki Allah, mana tahu diberikan zuriat lelaki lagi pada masa akan datang,” katanya kepada Xtra.

Selain keluarga, dua anak perempuanya iaitu Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca ,2, turut teruja dengan menanti kelahiran adik mereka.

Pelakon drama bersiri Red Velvet ini mendirikan rumah tangga bersama Sha Dila sejak September 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Michelle Yeoh: Looking Rich and NOT Crazy With Signature Emerald Ring

Michelle Yeoh wore the gorgeous ring from Crazy Rich Asians to the 2019 Golden Globes!

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Ezzaty Abdullah Jadi Mak Ayam?

Ezzaty Abdullah kembali aktif dalam industri apabila baru-baru ini beliau sekali lagi terlibat dalam sebuah drama bersiri Iflix, KL Gangster Underworld. 

Events Sun, 3 Feb 2019

AJL33 Red Carpet Fashion Steals the Show Away

Ready to hit the show in style!

Hiburan Tue, 20 Sep 2022

Ainul Aishah Selamat Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan

Aww! Selamat pengantin baru Aishah dan pasangan! 😍

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Netizen Samakan Ketiak Sharifah Sakinah Dengan Kuih Akok?

Terbukti, nak cantik itu bukanlah mudah seperti A,B, C ya. You Go Girl!

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

Belum Sedia Kongsi Tarikh Kahwin, Elfira Loy Bersyukur Dipertemukan Jejaka Ada Misi

Paling penting, emak percaya dia boleh jaga saya…Alhamdulillah.