Featured By: Khairil Khusyairi March 10, 2023 @ 9:08pm

Alif Satar Teruja Bergandingan Dengan Azizulhasni Awang – “Itu Adalah Impian Saya”

Al-Ikhsan Sports dengan jenama “in-house”nya al Sports hari ini mengumumkan sebuah kolaborasi bersama Iktikaf Alif dalam membawakan koleksi baju melayu bersempena Syawal ini.

Lebih menarik, kolaborasi istimewa ini membawakan selebriti popular, Alif Satar dan atlet pelumba basikal kebangsaan, Datuk Azizulhasni Awang sebagai duta baju melayu dan kurta Al-Ikhsan Sports.

Menurut Alif, dia bersyukur dengan kolaborasi ini malah berharap rakyat Malaysia mempunyai pelbagai pilihan untuk hari raya ini.

“Saya harap kolaborasi ini berjaya dan akan teruskan untuk tahun seterusnya.

“Terima kasih kepada Al-Ikhsan atas kolaborasi yang unik ini. Sangat bersyukur, semoga orang Malaysia ada pilihan yang lain juga iaitu “Baju Melayu Yang Cool Iktikaf Alif” jadi pilihan mereka untuk tahun ini dan seterusnya,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Baju Melayu Yang Cool di pusat beli belah The Curve, Selangor, di sini, hari ini.

Disoal mengenai perancangan untuk berkolaborasi bersama jenama besar ini, Alif mahu mengetengahkan konsep teknologi yang memberi keunikan kepada pengguna.

“Perancangan ini tercetus apabila saya beri idea kepada rakan niaga saya untuk buat baju melayu. Kita tahu mereka terkenal dengan baju sukan tapi baju melayu adalah satu pasaran yang belum diteroka lagi.

“Apa yang uniknya baju melayu Iktikaf Alif ini adalah mempunyai teknologi Pesak Ventech yang pertama di Malaysia,”ujarnya.

Dalam pada itu, Alif mengakui berasa teruja apabila dapat bergandingan dengan jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang untuk menjadi duta koleksi raya ini.

“Itu adalah impian saya, saya cakap mahu seseorang yang boleh menaikkan jenama ini lagi, kalau panggil pelakon, saya juga pelakon, kemudian saya beritahu saya ada seseorang lelaki yang cukup ‘pakej’. Mereka tanya siapa, saya cakap kena ambil Datuk Azizul.

“Dia sememangnya terhebat sepanjang zaman di dunia, lebih-lebih lagi dalam dunia sukan berbasikal. Alif tahu Datuk Azizul adalah contoh yang terbaik. Bila dia terima untuk kolaborasi ini, dia sanggup balik daripada Australia,” kongsinya teruja.

Koleksi baju melayu dan kurta ini mengadaptasikan teknologi Pesak Ventech™ di mana konsep tersebut menggunakan material jenis “mesh” pada bahagian bawah lengan yang menjadikan koleksi ini anti peluh, cepat kering serta selesa dan berangin.

Sesuai dengan cuaca di Malaysia terutama sekali pada bulan Syawal yang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti fizikal sepanjang hari “Baju Melayu yang cool” dijual mulai hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Jan 2023
Featured Thu, 7 May 2020
Featured Tue, 28 Dec 2021

Lagu Cinta Kita 3: Syafeek & Zazo Juara, Luahan Hati Kali Terakhir… Jom Recap Pentas Akhir LCK3!

Pentas akhir Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan Lagu Cinta Kita berlangsung dengan meriah pada malam Ahad. Episod terakhir ini telah menyaksikan empat pasangan yang berjaya ke pusingan akhir iaitu Hariz & Wanie, Achik

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

Ahmad Dhani Dikhabarkan Muflis, Artis Naungan RCM Akhirnya…

Walaupun tidak lagi bersama RCM, Mitha mengaku masih…

Eat Travel Sat, 9 May 2020
Trending Thu, 3 Oct 2019

Zarina Didenda RM17,500 Jual Kosmetik Tidak Bernotifikasi

Pelakon, Zarina Zainuddin selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan bersalah terhadap enam pertuduhan  yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret M Bharat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari Rabu.  Bagi pertuduhan pertama, Zarina selaku

Trending Wed, 17 Apr 2019

Seram! Rakaman Video Kelibat Penampakan Sebenar Nenek Kebayan Di Ulu Kenas, Perak

Seram! rakaman sebenar video penampakan nenek kebayan di Ulu Kenas, Perak.

| Live TV