Hiburan By: Khairil Khusyairi June 13, 2024 @ 1:09pm

Kes Cerai Berlangsung Hari Ini, Aliff Aziz ‘Kunci Mulut’… Bella Astillah Mohon Doa – “Doakan Yang Baik-Baik”

Aktor dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini, bagi mendengar keputusan laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Suami kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah itu hadir ke mahkamah pada jam 12.25 tengah hari.

Dengan mengenakan kemeja putih, Aliff turut diringi dan dikawal oleh dua pengawal peribadi.

Bagaimanapun, bapa kepada dua cahaya mata itu tidak memberikan sebarang respons apabila disoal pemberita.

Bapa kepada Aliff iaitu Aziz Sapdan turut hadir di Mahkamah Syariah KL bagi memberikan sokongan kepada anaknya.

Ujar Aziz, dia mengharapkan yang terbaik untuk sebarang keputusan hari ini.

“Insya-Allah, doakan yang baik-baik,” ujar Bapa Aliff kepada pemberita.

Dalam pada itu, Bella tiba di mahkamah pada jam 12.42 tengah hari dengan ditemani adik perempuanya, Didi Astillah selepas tiba dari Jakarta pagi tadi.

Ujar Bella, dia memohon semua untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya bersama Aliff.

“Doakan yang baik,” ujar ringkas.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka Tak Berhubung, Memang Nak Cerai Dah” – Didi Astillah Dedah Bella Astillah, Aliff Aziz Tak Akan Berbaik

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Nafi Dakwaan Mahu Jatuhkan Bella Astillah, Sengaja Lambatkan Perceraian – “Dia Masih Ibu Kepada Anak-Anak Saya” 

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Tiba-Tiba Nak Cerai Lepas Habis ‘Shooting’

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 12 Jul 2021

Bayaran Tambahan PEMERKASA+ RM500 Dikreditkan Hari Ini

Menerusi Pakej PEMERKASA+, sebanyak  sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro hari ini mendapat jumlah bantuan bayaran Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) . Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu melibatkan tambahan […]

Hiburan Fri, 16 Feb 2024
Featured Sat, 11 Nov 2023
Selebriti Fri, 22 Dec 2023

“Doakan Saya Cepat Dapat Jodoh” – Fathia Latiff

Aamin semoga doa untuk bertemu jodoh termakbul

Hiburan Sun, 28 Apr 2019

Psst…Cara Mudah Cantik Macam Priyanka Chopra!

Saya sedar harus melakukan sesuatu agar benar-benar terlihat seperti yang dilakukan untuk muka depan majalah.

Trending Mon, 29 Oct 2018

Experts Say Playtime is Very Important for Children

We need to let kids play more often.

Trending Mon, 14 Jun 2021
Hiburan Mon, 9 Sep 2019

人气韩团GOT7世界巡演2020席卷大马!

JYP Entertainment日前透过官方网站公开GOT7巡演最新日期,而马来西亚正式宣布被列入为巡演站之一!