Hiburan By: Khairil Khusyairi June 13, 2024 @ 1:51pm

Aliff Aziz, Bella Astillah Sah Cerai Talak Satu Kali Kedua

Rumah tangga pasangan selebriti sensasi Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya menemui titik noktah apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Aliff melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Najib Wan Hamat, kira-kira jam 1.10 tengah hari.

Lafaz itu kemudian disahkan mengikut hukum syarak oleh Wan Mohd Najib.

“Bahawa saya menceraikan isteri saya dengan talak satu mulai hari ini,” lafaz Aliff.

Bella juga bersetuju tidak menuntut mutaah dan nafkah iddah.

Sebelum ini, Aliff dan Bella pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019, namun, rujuk semula.

Pada prosiding itu, peguam syarie mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata, perbincangan dibuat antara kedua-dua pihak termasuk terma yang dipersetujui.

“Dalam perjanjian itu, ada terma di mana defendan hadir melafazkan cerai dan plaintif melepaskan hak mutaah dan nafkah iddah serta kedua-dua pihak tidak akan menuntut harta sepencarian.

“Aliff lepaskan hak penjagaan anak-anak kepada Bella sepenuhnya. Aiff juga tidak akan menuntut nusyuz sekiranya ada dan perjanjian itu ditandatangani hari ini,” katanya.

Peguam mewakili Aliff, Hadi Salleh mengiyakan semua terma dan mengakui anak guamnya setuju melafazkan cerai.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.

Aliff bagaimanapaun enggan melafazkan cerai pada sebutan kes cerainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Cerai Berlangsung Hari Ini, Aliff Aziz ‘Kunci Mulut’… Bella Astillah Mohon Doa – “Doakan Yang Baik-Baik”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 May 2022

Selepas Setahun, Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah & Nama Puteri

Comelnya! Akhirnya Miera Leyana dedah anak perempuannya.

Featured Fri, 29 Jul 2022

“Saya Sentiasa Mahal…” – Adi Putra Akui Terima Bayaran Tinggi, Sesuai Nilai Lakonan Dan Komitmen Yang Diberikan

Tapi kalau Adi Putra berlakon memang best! drama best, filem apatah lagi♡♡♡

Trending Thu, 12 Apr 2018

Anda Perlu Bayar Cukai ‘Sayonara’ Kalau Nak Keluar Dari Jepun. Bila Kena Bayar?

Baru-baru ini kerajaan Jepun telah mengumumkan tentang cukai baharu yang perlu dibayar jika anda ingin ke negara tersebut pada tahun hadapan.

LIFESTYLE Mon, 6 Aug 2018

Ke Tepi Keke Challenge, Beri Laluan Kepada ‘Momo Challenge’

Cabaran yang mula viral di seluruh dunia ini mendapat perhatian pihak berkuasa seluruh dunia di mana cabaran ini menggalakkan kanak-kanak membunuh diri. Huh, biar betul?

Trending Tue, 14 Jul 2020
Hiburan Wed, 3 Apr 2024

“Pengorbanan Itu Berkait Rapat Dengan Hidup Saya…” – Puteri Balqis

“Saya sanggup untuk buat apa sahaja demi keluarga” – Puteri Balqis

Trending Mon, 16 Jul 2018

Urgh Gatalnya! Ketahui Tentang Kutu Rambut

Jangkitan kutu kepala atau pediculosis terjadi apabila ditemui sekurang-kurangnya 10 ekor kutu hidup di atas kepala. Jangkitan boleh berlaku apabila rambut yang dijangkiti menyentuh rambut mangsa baru.