Hiburan By: SGMS Faida August 21, 2018 @ 5:16pm

Aliff Syukri Terima Teguran Wardina Tapi…

Single terbaru nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri berjudul ‘Bobo Dimana’ menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Namun rata-rata pendengar seolah tidak suka dengan tarian promosi lagu itu di mana Aliff Syukri dilihat menari dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat dan selebriti Indonesia Lucinta Luna.

Hal ini turut mendapat reaksi daripada bekas pelakon Spanar Jaya, Wardina Saffiyyah. 

Dalam kenyataan yang dimuatnaik, Wardina telah menyelar dan menyifatkan tindakan usahawan kosmetik itu sebagai tidak sepatutnya dan melampau. 

Tambah Wardina, DS Aliff sepatutnya berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan bukanya melakukan video yang menunjukkan tarian kurang sopan itu. 

Dalam pada itu, akui Wardina dia ada menghubungi Datin Seri Shahida secara peribadi untuk memberi teguran atas dasar peduli dan sayang. 

Aliff Syukri menerusi laman Instagramnya telah melahirkan rasa terima kasih kepada Wardina di atas tegurannya itu. 

Dalam status itu juga, Aliff Syukri tampil menjelaskan situasi yang terjadi di sebalik klip video tersebut. 

Antaranya, Aliff Syukri meminta agar semua pihak tidak memberi tekanan kepada isterinya kerana dikhuatiri mengundang masalah berat.

Dalam masa sama, Aliff meminta izin agar dia menyelesaikan kerja-kerja pembikinan single ini dan merancang sesuatu yang berbeza pada masa akan datang. Katanya, mungkin akan terlibat program masakan. Mungkin itu lebih sesuai? 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Tue, 26 Dec 2023

Pekin Ibrahim, Mona Allen Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Alhamdulillah! Syoknya dapat baby lagii 🥰🥰

Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Luahan Perasaan Hael Husaini Dalam ‘Hati’

Wow, ada gerakan baru dalam muzik video kali ni!

Hiburan Fri, 4 Aug 2023

Dolla Kembali Dengan Damelo

Baru sahaja memenangi Anugerah Kumpulan / Duo/ Kolaborasi Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang ke-35, kumpulan nyanyian wanita popular DOLLA sudah bersedia untuk projek yang baharu. Anugerah Bintang Popular merupakan salah satu anugerah […]

Featured Fri, 5 Nov 2021

Wanita Meninggal Dunia Selepas Tidak Sedarkan Diri Semasa ‘Hiking’

Seorang wanita meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Pulau Bohey Dulang pada Khamis. Menurut laporan Berita Harian, polis memaklumkan mangsa bersama dua rakan perempuannya itu pergi ke pulau berkenaan […]