“Alive Barbie Doll” – Kongsi Foto OOTD, Ramai Puji Kecantikan Mimi Lana

Pelakon cantik Mimi Lana memuat naik beberapa keping foto Outfit of The Day (OOTD) ketika menghadiri sebuah majlis.

Menerusi perkongsiannya itu, Mimi yang dilihat mengenakan baju berwarna kuning dan skirt pendek berwarna merah jambu itu mencuri perhatian ramai.

“Officially in my Barbie era,” tulis Mimi sebagai kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata- rata rakan selebriti dan warganet memuji kecantikannya.

Tidak kurang juga, ada yang menggelarnya sebagai watak kartun popular iaitu Barbie.

“My favorite Barbie.

“Hi doll.

“Alive Barbie,” antara komen yang ditulis.

Untuk info, Mimi dan pelakon Syafiq Kyle memaklumkan bakal berkahwin yang dijangka berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Artikel Berkaitan: Persiapan Sudah Separuh Jalan, Mimi Lana Bersedia Jadi Isteri Syafiq Kyle – “Masing-Masing Tahu Peranan…”

Atiqah Johari