Featured By: Fatin Nurain November 20, 2022 @ 4:14pm

“Allah Sentiasa Akan Temukan Kita Dengan Perkara & Orang Yang Salah Untuk…” – Shakilla Khoriri

Biarpun sudah mengharungi pelbagai dugaan, pelakon Shakilla Khoriri tetap meluahkan rasa syukur dengan setiap aturan hidup yang telah ditentukan buatnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shakilla menyatakan dirinya akur dengan perjalanan hidupnya kini walaupun tidak seperti yang diimpikan.

“Masa muda remaja aku pernah letak target bila nak kawin. Bila nak ada ada. Apa yang aku rancangkan untuk masa depan. Tapi satu pun tak tercapai seperti apa yang aku rancangkan.

“Berkahwin agak lambat. Bila dah kahwin nak ada at least empat orang anak. Umur 33 tahun sepatutnya aku dah boleh bertenang dengan satu kerjaya yang flexible yang membolehkan aku berkarya dan bekerja ikut masa aku.

“Sebab konon aku ada anak-anak dan family nak uruskan. Tapi begitulah aturan kehidupan kita. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang lebih tahu baik buruk setiap ranbangan kita,” tulisnya.

Malah, Shakilla juga menyatakan setiap dugaan dan cabaran yang dilaluinya itu membuatkan dia sedar dan belajar menerima takdir hidupnya.

“Hari makin hari buat aku banyak berfikir. Kesalahan dan kesilapan lalu banyak buat aku belajar sedalamnya erti dan perjalanan kehidupan yang aku NAK kan.

“Betullah orang kata, dalam perjalanan kita, Allah sentiasa akan temukan kita dengan perkara dan orang yang salah untuk kebaikan diri kita.

“Allah sentiasa pusingkan keadaan untuk kita handle situasi yang mungkin akan nampak kita salah tapi sebenarnya Allah sedang makbulkan doa kita.

“Membawa kita keluar dari ‘kotak kegelapan’ yang mematikan hati dan jiwa kita dalam diam. Rahsia Allah maha hebat,” katanya.

Menyedari perkara itu, pelakon itu juga menganggap segala kepayahan yang dilalui merupakan permulaannya untuk menjadi lebih dekat dengan Sang Pencipta.

“Slowly aku rasa dimana kebaikan dan amal ibadah aku sampai satu persatu Allah buka jalan dan alasan setiap perkara yang terjadi.

“Semakin banyak yang aku tengok, semakin aku yakin dan rasa sayangnya Allah dekat Aku walau terlalu banyak dosa yang aku buat,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, pelakon itu juga menzahirkan rasa syukurnya kerana dikurniakan dua cahaya mata yang menjadi penenang jiwanya iaitu Damian Miqael yamg merupakan anak saudara dan puteri kesayangannya, Ameena Sofia.

“Sorang anak bukan dalam rahim. Sorang anak yang confirm berkampung sembilan bulan dalam perut yang merobek perut aku untuk keluar.

“Alhamdulillah. Aku tak terfikir jalan macam ni tapi aku rasa nikmat yang Allah pinjamkan sampai hari ni.
Tak kaya raya, tak bijak pandai, tak berpegaruh tapi Allah bagi aku ketenangan dan rasa lapang dada yang paling semua orang nak kan.

“Terlalu panjang dan jauh perjalanan aku untuk capai apa yang aku rancangankan. Tapi aku yakin bukanlah mustahil sebab Allah datangkan pada aku orang-orang yang baik dan sentiasa ADA bersama dengan aku.

“Thank you Allah. Thank you. Thank you so mych for everything,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Nov 2022
Kisah Viral Fri, 15 Sep 2023
Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Buat Trend TikTok, Aeril Zafrel ‘Charge’ Wawa Zainal Sampai…

Terkejut min! 🤣 Macam macam lah president TikTok kita ni laju je ikut trend ek

Hiburan Tue, 11 Feb 2020

‘Ampunkan Kami’- Bawa Drama ‘Politik’ Di Pentas #AJL34 , Drama Band Mohon Maaf

Ada orang kata persembahan Drama Band okay what? Siapa makan cili, dialah rasa pedas!

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

“Takut Beri Kesan Kepada Bayi” – Elyana Gugur Kandungan

Elyana mengakui amat sedih kerana terpaksa menggugurkan kandungannya itu kira-kira dua minggu yang lalu

Hiburan Wed, 27 Feb 2019

Ditahan Di Wad, Amyra Rosli Nafi Sedang Hamil

Kami di XTRA mendoakan agar Myra cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti biasa semula!

Featured Tue, 29 Mar 2022
Hiburan Tue, 5 Apr 2022