ALTIMET UCAP SELAMAT TINGGAL PADA PENTAS AJL?

Persembahan cukup memukau menerusi lagu Amboi nyata menghiburkan rata-rata penonton yang membanjiri Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil semalam.  

Lagu Amboi yang di intrepetasikan dengan cukup luar biasa ditemani dengan efek lampu yang begitu memukau ini seterusnya mendapat tepukan paling gemuruh dan standing ovation daripada rakan artis yang hadir.

Persembahan cukup memukau Altimet pada AJL32

Namun, apa yang mengejutkan semua peminat Altimet ialah, ini merupakan persembahan terakhir beliau di pentas AJL32. Bagi Altimet, keputusan ini dibuat bagi memberi laluan kepada penyanyi rapper lain untuk beraksi di pentas yang cukup berprestij ini. Seterusnya, menyangkal dakwaan bahawa Altimet mengambil keputusan kerana dikatakan sudah give up.

Ini kerana, Altimet sebelum ini pernah mengeluarkan statement bahawa beliau akan mengundurkan diri dari industri tanah air pada tahun ini. 

Gaya bersahaja Altimet semasa membuat persembahan menerusi lagu Amboi

Seterusnya, penampilan beliau di pentas AJL32 buat kali ke empat ini membuatkan Altimet ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan yang telah diberikan kepada beliau. 

Apapun keputusan yang diambil oleh Altimet, persembahan beliau pada AJL32 kali ini nyata akan menjadi ingatan dan bualan ramai pihak terutamanya peminat-peminat beliau. Amboi!

Salma Syahbuddin