Categories: HiburanSelebriti

“Always By Your Side, A Very Proud Wife” – Hanis Zalikha

Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha tampil menunjukkan sokongan kepada suaminya, Hairul Azreen yang membuat pengumuman tentang pengunduran dirinya dalam industri lakonan tanah air.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Hanis menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Hanis turut menyertakan sebuah kompilasi klip video Hairul sepanjang penglibatannya dalam setiap penggambaran filem dan kerja belakang tabir.

ARTIKEL BERKAITAN:

Menurut Hanis, dia tetap bangga dengan keputusan yang dibuat oleh Hairul, semalam.

“Today he broke this news. I have everything to say yet I have nothing. Always by your side, a very proud wife,” tulisnya.

Terharu dengan perkongsian isterinya, Hairul turut meluahkan rasa cintanya terhadap Hanis yang menjadi tulang belakangnya sepanjang kerjaya lakonannya.

“Ayangg, Love u my tulang blkg btw Gelap nya i masa PASKAL,” tulisnya di ruangan komen.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut juga telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikut dan rakan artis.

Fatin Nurain