Patutlah Cantik…Kourtney Kardashian Bongkar Rahsia!

Selebriti terkenal Hollywood, Kourtney Kardashian mengaku dirinya amat mementingkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Buktiknya, bintang program realiti Keeping Up With the Kardashians ini hanya menggunakan produk berasaskan organik.

“ Saya menggunakan semua produk berasaskan dari bahan semulajadi,” akuinya kepada majalah Vogue yang baru sahaja melancarkan ruangan baharu, Poosh.

Akui ibu tiga cahaya mata ini, dia mahu memastikan ahli keluarganya terus sihat dan menjauhi produk berbahaya.

“ Saya hanya manusia biasa yang sedar setiap orang perlu berusaha menambah baik kualiti hidup dan ia bermula dari diri sendiri,” katanya.

Ketika ditanya sama ada Kourtney bakal mengikut jejak adiknya, Kylie Jenner yang menghasilkan produk kecantikan, bintang terkenal ini hanya menjawab ‘ I can’t say’.

Untuk rekod, adiknya Kylie Jenner yang baru sahaja berusia 21 tahun terus melakar sejarah tersendiri apabila sekali lagi tercatat sebagai jutawan bertaraf bilionair termuda atas usaha sendiri di Amerika Syarikat.

Kylie mencipta fenomena tersendiri apabila jenama kosmetiknya menganggarkan nilai sekurang-kurangnya AS$900 juta (RM3.678 bilion). Hebat bukan?

SGMS Faida