Hiburan By: SGMS Fas May 23, 2019 @ 8:51am

Aman Aziz Teringin Jadi Hero Tapi…

Dari pentas nyanyian ke dunia lakonan, Aman Aziz yang semakin aktif sebagai pelakon mengaku impikan watak sebagai hero.

Kata Aman ketika ditemui Xtra pada majlis Iftar Watie Collections baru-baru ini, menyedari lambakan pelakon sedia ada pada masa ini, dia tekad mengusahakan sesuatu untuk menarik perhatian pihak produser.

“ Untuk menjadi hero saya sedar seseorang itu perlu nampak matang dan fizikal juga perlu dilihat sedap mata memandang.

“ Saya belum pernah merasa menjadi hero dalam drama lakonan sebelum ini. Teringin juga kalau boleh tapi ramai kata wajah kurang sesuai sebab nampak ‘baby face’,” katanya.

Atas sebab itu, bekas naib juara program realiti Akademi Fantasia 2014 ini nekad membina badan.

“ Sekarang berat saya baru 65 kilogram. Sasaran saya untuk naikkan berat badan sehingga 70 kilogram. Saya mahu kelihatan ‘abang-abang’ di kaca televisyen. Siapa tahu suatu hari nanti rezeki saya pula terpilih untuk menjadi hero. Doa-doakan,” katanya yang sebelum ini sering ditawarkan sebagai watak pembantu dalam drama.

Untuk rekod, Aman pernah berlakon dalam beberapa buah drama antaranya Cinta Suci Jadi Saksi, Ketupat Jantung Hati dan Patah Sayap Bertongkat Paruh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

FATHIA LATIFF KINI FREEHAIR?

Apakah tindakan Fathia ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh rakan baiknya, Uqasha Senrose?

Featured Thu, 23 Sep 2021

BKC Fasa 2: Semakan Status, Tarikh Rasmi, Jumlah Bayaran & Senarai Bantuan Khas Kerajaan Yang Layak Diterima

Umum maklum Bantuan Khas Covid-19 fasa pertama telah dikreditkan pada 6 Semptember lalu. Namun begitu, masih terdapat segelintir yang gagal permohonan dalam BKC Fasa 1. Justeru, ramai yang berasa lega apabila kerajaan mengumumkan akan melanjutkan

Featured Mon, 2 Aug 2021

Semak Tarikh & Jumlah Pembayaran Bantuan COVID-19 (BKC) Bermula Ogos

Menerusi insentif PEMULIH, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. Permohonan BKC tidak perlu dilakukan kerana penerima yang layak

Acara Tue, 13 Dec 2022

Semakin Sengit! 4 Pasangan Berentap Tawan Hati Sheila Rusly & Chef Adu Dalam Dapur Tempur Separuh Akhir

Siapakah yang bakal melangkah ke pusingan akhir? Jom tengok Dapur Tempur

Hiburan Fri, 10 May 2019

’Gerobok Rezeki’ Bantu Penuntut Universiti Kurang Berkemampuan

Antara juadah disediakan ialah pek lengkap sajian berbuka manakala untuk bersahur, penuntut boleh memilih untuk mengambil roti, kek, pek lauk pauk segera untuk dimakan bersama nasi atau roti, sapuan tuna, biskut, jus dan buah-buahan.

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Mesej DM tak senonoh, Syazwan Zulkifly dedah perangai sebenar?

Soalan tersebut agak melampau dan juga mengandungi unsur seksual. Namun begitu, apakah benar Syazwan Zulkifly sendiri yang menghantar DM tersebut? ataupun akaun Instagramnya mungkin kena hack?

TECH Thu, 17 May 2018

Kawal Aktiviti & Berhenti Menonton Ikut Waktu Dengan Ciri Baru YouTube Ini

Take A Break antara applikasi terbaru dari Youtube kawal aktiviti & berhenti menonton ikut waktu

| Live TV

error: Content is protected !!