Amber Chia Terpaksa Jalani Pembedahan Akibat Cedera Di Kepala – “Saya Pitam, Jatuh Dari Tangga Dan…”

Model dan pelakon, Amber Chia mengejutkan ramai pihak selepas berkongsi foto dirinya terlantar di atas katil hospital akibat mengalami kecederaan di kepala.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amber Chia memaklumkan, dia terjatuh dari tangga kerana pitam dan menjalani rawatan lanjut di sebuah pusat perubatan swasta.

“Pitam, jatuh dari tangga dan mengalami kecederaan kecil.

“Sekarang sedang menunggu untuk jalani pembedahan. Jangan bimbang, saya okay,” katanya.

 

 

Sementara itu, selebriti berusia 41 tahun ini juga sempat berkongsi beberapa foto miliknya selepas menjalani pembedahan pada pagi tadi.

“CT scan out! Tiada pendarahan dalaman. Jangan bimbang!

“Pembedahan bagi menjahit luka telah selesai. Sekarang saya rasa lebih baik.

“Minta maaf kalau saya buat anda semua risau, Saya akan sembuh nanti, jangan bimbang!,” jelasnya.

Dalam insiden yang difahamkan berlaku malam tadi, pelakon filem Hantu Gangster itu dibawa ke hospital oleh pengurusnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti termasuklah lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Weii dan dan aktres Hong Kong, Elena Kong serta pengikutnya mendoakan agar  model terkenal ini segera sembuh.

 

Salma Syahbuddin