Hiburan By: Fatin Nurain June 8, 2022 @ 12:09pm

Amber Heard Dilamar Pak Arab, Janji Beri Kebahagiaan

Pelakon Amber Heard dilamar seorang lelaki Arab Saudi untuk berkahwin selepas kalah dalam kes saman fitnah terhadap bekas suaminya, Johnny Depp.

Mememtik laporan The Peninsula, Heard telah berkongsi nota suara lelaki itu berjanji akan mengisi kehidupan aktres itu dengan kegembiraan dan kebahagiaan menerusi akaun Instagramnya.

“Amber… memandangkan semua pintu sudah tertutup untuk awak, awak tiada sesiapa kecuali saya untuk menjaga awak.

“Saya perasan ada orang benci dan buli awak, justeru saya menawarkan diri untuk berkahwin dengan awak. Semoga Allah merahmati kita berdua. Anda adalah rahmat tetapi orang tidak menghargainya. Saya lebih baik daripada lelaki tua itu,” kata lelaki Arab itu.

Nota suara 41 saat yang disiarkan beberapa akaun Instagram menjadi tular dengan salah satunya mempunyai lebih 133,581 tontonan pada 5 Jun 2022.

Pada 1 Jun lalu, mahkamah memutuskan Heard kalah dalam perbicaraan kes saman fitnah terhadap bekas suaminya, Depp dan perlu membayar AS$15 juta (kira-kira RM65.9 juta) sebagai ganti rugi.

Amber juga didakwa bakal berdepan dengan kemusnahan kerjaya dan kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard Dilabel Psiko, ‘Play Victim’ – Didakwa Bakal Berdepan Kemusnahan Kerjaya Dan Kewangan

ARTIKEL BERKAITAN: Petisyen Gugurkan Amber Heard Dalam Filem Aquaman 2 Sasar 6 Juta Tandatangan, Netizen Risau – “Ada Duit Ke Nak Bayar Pampasan?”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Nov 2022
Featured Tue, 20 Sep 2022
Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Siti Nurhaliza Terkejut Tengok Gelagat Anak Di Sesi Photoshoot!

Alololo…Comelnya Aafiyah anak ibu ni.

Hiburan Thu, 7 Jul 2022

“Langkah Mayat Saya Dulu!” – Meerqeen Beri ‘Amaran’ Pada Dai Syed Jangan Ganggu Anna Jobling

Meerqeen bagi ‘amaran’ pada Dai Syed jangan ganggu Anna Jobling.