Hiburan By: Fatin Nurain March 17, 2023 @ 5:38pm

Ambil Iktibar & Lebih Berhati-Hati, Anna Jobling Serik Jalan Seorang Diri

Pelakon Anna Jabling tampil menyatakan dirinya kini tidak lagi berani untuk berjalan sendiri di Singapura susulan insiden yang berlaku kepada aktor Kamal Adli, baru-baru ini.

Sebelum ini, industri hiburan tanah air telah dikejutkan dengan berita Kamal telah diserang dan dipukul oleh individu yang disangka peminat dengan menggunakan cotar besi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Berlubang Kepala Diserang Individu Tak Dikenali, Uqasha Senrose Dedah Kejadian Sebenar – “Dia Pukul Berkali-Kali…”

Menurut Anna,  kecelakaan yang menimpa Kamal boleh berlaku kepada orang lain di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa, namun dirinya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati.

“Saya tak terfikir tapi ya, akan lebih berhati-hati. Saya selalu ingatkan diri, kalau benda nak berlaku anywhere, anytime, anyplace.

“Sekarang pun kalau orang nak datang serang, bila-bila masa kita tak pernah dapat tahu atau jangka.

“Kalau di Singapura memang saya suka berjalan seorang diri di Orchard Road. Kadang-kadang, saya lupa orang kenal diri saya. Saya dah terbiasa buat benda secara sendiri.

“Tapi lepas apa yang berlaku kepada Kamal, saya akan lebih berhati-hati. Sudah tentu, saya kena ingat sekarang saya Anna Jobling. Bahaya. Walaupun saya pakai topi dan pelitup muka, orang masih kenal,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Anna ketika ditemui di majlis tayangan episod perdana drama rantaian, Melur Untuk Firdaus 2.

Mengakui dirinya mula meningkat naik dan dikenali ramai, Anna bagaimanapun menyifatkan Singapura sebuah negara yang aman dan damai.

Malah, dirinya kini sudah pun mula melebarkan sayapnya dalam bidang perniagaan di negara maju itu.

“Saya ada jual produk keluaran (merchandise) keluaran saya di Singapura dan ‘sold out’ dalam tempoh hanya tiga hari.

“Saya akan ke Singapura bulan hadapan untuk jual baju raya di sana. Setakat ini, sekuriti memang ada di semua tempat yang saya kunjungi. Penganjur sediakan cuma tak perlulah kita dedahkan rasanya. Memang sebelum ke mana-mana acara luar negara, memang pihak saya akan ‘request’,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen & Anna Jobling Teruja Melur Untuk Firdaus Musim Ke-2 Mula Ditayangkan Hari Ini – “Jika Tak Dapat Sambutan, Kami Okay”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 Jun 2022

[VIDEO] “Demi Allah, Saya Tidak..” – Sharnaaz Ahmad Dedah Kejadian Sebenar Disebalik Kes Tumbuk Pengawal Keselamatan

Akhirnya, rupa-rupanya ini yang terjadi masa hari kejadian. Aduhai, kesian Sharnaaz 🥲

TECH Mon, 3 Sep 2018

Work Hard and Play Harder with Lenovo’s New Laptop

It’s perfect for workers and students who also enjoy gaming.

Trending Thu, 25 Feb 2021

Media Prima Catat Keuntungan Untuk Dua Suku Tahunan Berturut-Turut

Media Prima Berhad hari ini mengumumkan kumpulan mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM18.1 juta bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2020. Memperbaiki kerugian selepas cukai berjumlah RM106.3 juta yang dicatatkan pada suku keempat perbandingan,

Trending Thu, 16 Jun 2022

“Jangan Ugut Anak Saya Kahwin Dengan Video-Video Palsu” – Gosip Bakal Nikahi Ira Kaza, Ibu Syamsul Yusof Buka Mulut!

Ibu Syamsul Yusof memberitahu keluarga Ira Kaza agak berhenti mengugut anaknya.

Featured Mon, 11 Oct 2021

“Bukan Mudah Untuk Tarik Perhatian..” – Kendalikan ABPBH 34 Secara Solo, Sherry Alhadad Akui Gementar

Pengacara berbakat, Sherry Alhadad kembali mengemudi pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 sebagai pengacara buat tahun ini. Menerusi sidang media maya ABPBH 34, Sherry mengakui perasaaan bercampur baur apabila mendapat tahu bakal mengendalikan majlis

Hiburan Sat, 13 Apr 2019

Join in the Nur 2 Tour and Meet the Casts!

Get to know them off set and a lot more about the drama!

Featured Fri, 17 Mar 2023
Trending Fri, 27 Nov 2020
Featured Wed, 21 Dec 2022

Nyanyi ‘I Believe I Can Fly’ Atas Awan, Netizen Puji Tahap Keberanian Daiyan Trisha – “She Is So Brave!”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha menaiki luncur layar (paragliding) di Switzerland sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Daiyan sedang menikmati permandangan di atas awan sambil menyanyi sebuah lagu

Trending Tue, 21 Dec 2021

Ini Cara Pastikan Minyak Wangi Yang Anda Beli Tu Betul-Betul Selamat Dipakai, Senang Je!

Minyak wangi dah lama menjadi aksesori yang wajib dikenakan agar badan kita sentiasa berbau harum dan segar. Sebenarnya minyak wangi boleh membantu kita menjadi lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai. Confident gitu! Banyak minyak

| Live TV