AJL38: Terbaik! Persembahan Amir Jahari Tanda Solidariti Buat Rakyat Palestin

AJL38: Terbaik! Persembahan Amir Jahari Tanda Solidariti Buat Rakyat Palestin

Finalis Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), Amir Jahari berkongsi konsep persembahannya yang membawakan lagu Hasrat di pentas AJL38 yang berlangsung di Axiata Arena malam ini.

Bercakap kepada XTRA, Amir berkongsi konsep persembahannya adalah bagi menunjukkan tanda solidariti buat rakyat Palestin yang masih lagi ditindas.

“Konsep yang kami bawa adalah kami mahu bersolidariti untuk rakyat Palestin.

“Kami juga mahu membawa mesej yang walaupun kita berhibur, kita juga memberi kesedaran kepada masyarakat yang mereka di sana masih lagi bergolak, memerlukan bantuan tetapi satu dunia seolah menutup mata.

“Kami jayakan hasrat ini melalui persembahan saya di pentas AJL38 ini, ia pentas terbesar dalam industri seni muzik,” kongsinya

Dalam pada itu, Amir memaklumkan persembahannya itu turut dibantu tenaga kerja seramai 70 orang.

“Pasukan saya semua terdiri daripada 70 orang, tetapi yang berada di atas pentas lebih kurang 60 orang.

“Terima kasih doakan saya, apa-apa keputusan ia takdir yang Allah tentukan. Kalah menang adat pertandingan,” ujarnya.

Alami dunia Muzikaverse di AJL38, bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton.

Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

Khairil Khusyairi