Hiburan By: SGMS Faida August 12, 2018 @ 9:56am

Amylea Azizan Mahu Pecah Tradisi Demi Nur 2

Single Tak Pernah Hilang ternyata mengangkat kembali nama dua penyanyi berbakat besar, Amylea dan Kaer di dalam arena muzik tanah air.

Single ini juga membuktikan bakat dua sahabat baik ini tak pernah hilang biarpun nama mereka berdepan fasa turun naik.

Bagi penyanyi dan komposer Amylea Azizan, dia bersyukur dan teruja untuk kembali ke studio rakaman bagi penghasilan runut bunyi drama Nur 2, tak lama lagi.

Syukur sekali lagi saya diberi tanggungjawab oleh pihak produksi untuk menggubah lagu untuk drama bersiri Nur 2 yang dijangka menemui penonton pada awal tahun hadapan.

“ Untuk single terbaru nanti, saya masih berduet dengan Kaer,” katanya.

Bercerita tentang runut bunyi istimewa bagi drama rantaian Nur yang menerima lebih 10 juta tontonan sebelum ini, Amylea bakal menghasilkan sesuatu yang istimewa!

“ Saya bakal hasilkan lima buah lagu untuk Nur 2. Kebiasaanya hanya satu single untuk sesebuah drama kan? Kali ini saya bawakan sedikit kelainan.

“ Saya mahu pecah tradisi, apa salahnya buat lebih. Ia sebagai satu bonus kepada penonton,” katanya.

Single Tak Pernah Hilang yang menjadi runut bunyi untuk drama Nur menjadi trending di semua radio tempatan dan ia turut mendapat tontonan sebanyak enam juta di Youtube sejak dilancarkan pada April lalu.

Dalam perkembangan lain, Amylea memaklumkan dia bakal menjayakan sebuah showcase bersama Kaer di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 26 Ogos ini. Dengarnya, sebanyak 16 buah lagu bakal didendangkan. Good Luck, Amylea. Tak sabar kami nak tonton drama Nur 2 yang bakal ditayangkan tahun depan!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 6 Apr 2023

Video Perkahwinan Farid Kamil, Diana Danielle Tular Di TikTok, Netizen Luah Rasa Sayu – “Awal-Awal Indah Belaka..”

Hmmm… Min pun ikut sebak ni 😭😭 Semoga dipermudahkan segala urusan buat pasangan ini

Hiburan Tue, 27 Jun 2023

[VIDEO] Tiru Gaya Mus May, Shiha Zikir Siap Tersasul Buat Netizen Terhibur

Peh Shiha ni memang talented tau semua boleh dia tiru

Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Thu, 10 May 2018

Wah…Sufian Suhaimi Dah Ada Lagu Raya!

Memandangkan bulan ramadan pun dah dekat, rasanya dah tiba masa untuk lagu itu diperdengarkan…

Hiburan Tue, 29 Oct 2019
#ThrowbackXTRA Wed, 10 May 2023

#ThrowbackXTRA: Gambit Saifullah Pernah Lari Ke Thailand Ketika Beraya

Setiap kali musim perayaan, pasti akan ada momen paling menarik dan kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika beraya bersama keluarga di kampung. Malah, ada juga yang sengaja mencari pasal atau agenda nakal untuk menjadikan raya […]