Hiburan By: Fatin Nurain May 11, 2023 @ 5:16pm

Amyra Rosli Cabar Diri Bawa Watak Gila, Tak Bosan Dengan Babak Air Mata Dalam Drama

Sering membawa watak sedih dalam drama, pelakon Amyra Rosli mengakui dirinya sengaja ingin mencabar diri untuk membawa watak yang berbeza menerusi drama rantaian TV3, Kerasnya Takdir.

Bukan itu sahaja, drama yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat ini juga semakin mendapat tempat di hati peminatnya.

Menurut Amyra, drama arahan Emi Suffian ini agak berat untuk dibawa memandangkan ia bermain dengan emosi dan berbeza dengan watak yang pernah dijayakannya sebelum ini.

“Cerita ni sangat berat dan banyak mainkan emosi dan saya perlu menjadi gila. Itu salah satu sebab saya terima untuk buat drama ini sebab saya jarang bawa watak gila ni.

“Mungkin penerbit dan pengarah melihat dari luaran sebab ada waktu saya tidak berhijab, saya perlu membawa watak antagonis. Bila free hair, dia macam-macam boleh buat tapi bila kita dah berhijab watak yang ditawarkan tu mungkin terhad sikitlah untuk menjadi ganas.

“Tapi kalau diikutkan saya memang daripada lebih banyak ke arah watak-watak yang ayu-ayu dan baik-baik ni. Memang ada yang bertanya tak bosan ke bawa watak itu sahaja.

“Tapi saya anggap itu rezeki saya. Cuma saya akan pilih cerita. Kalau saya baru habis buat jalan cerita yang lebih kurang, saya akan ambil gap untuk berehat lama sikit,” katanya.

Sementara itu, aktres itu juga sempat meluahkan rasa terujanya dapat bekerjasama kembali dengan pelakon Redza Rosli menerusi drama ini.

“Alhamdulillah, saya gembira dapat bergandingan dengan Redza sebab saya tahu cara kerja dia ni tak banyak songeh. Dia senang beri kerjasama dan dia sangat memberi.

“Lagi satu sebab dia seorang pelakon yang buat homework. So, takdalah bila dekat set ambil masa yang lama,” jelasnya.

Selain Amyra dan Redza, drama ini juga turut dibintangi oleh Kartina Aziz, Rita Rudaini, Azrel Ismail, Azlee Khairi, Husna Mustaffa dan ramai lagi.

Orang ramai boleh menonton drama Kerasnya Takdir ini menerusi Slot Akasia TV3, Isnin hingga Ahad, jam 7.00 malam, di TV3.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Jun 2022

Aishah Azman Idamkan Lelaki Ada Pendidikan, Pandai Selesaikan Masalah

Aishah Azman mahukan lelaki yang berpendidikan supaya boleh selesaikan sesuatu masalah.

Trending Tue, 4 Dec 2018

Tiga Maut Akibat Letupan Di Kompleks City One Megamall

Restoran berkenaan akan dibuka secara rasmi esok dan hari ini pekerja restoran berkenaan serta pekerja kontrak sedang sibuk membuat persiapan akhir.

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

林子祥9月重登云顶!用微笑征服粉丝的心

林子祥9月重登云顶世界舞台,势必用微笑征服粉丝的心!

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Ezzaty Abdullah Jadi Mak Ayam?

Ezzaty Abdullah kembali aktif dalam industri apabila baru-baru ini beliau sekali lagi terlibat dalam sebuah drama bersiri Iflix, KL Gangster Underworld. 

Trending Sun, 21 Apr 2019

‘Suruh Anak Aku Ke Depan Kelas Dan Buka Baju…’- Netizen Dakwa PU Abu Pernah Buli Anaknya Di Sekolah

Susulan kes penceraian PU Abu Sufyan dengan isterinya Ain Afini yang kini tular di media sosial, nampaknya lebih ramai individu tampil mendedahkan sisi lain yang tidak diketahui mengenai ‘ustaz’ viral ini.  Menerusi laman FB seorang

Featured Tue, 15 Jun 2021

Longgar PKP Jika Kes Bawah 4,000 – Perdana Menteri

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang menggariskan empat fasa peralihan dengan tiga indikator utama. Pendekatan secara berperingkat ini bermula dengan Fasa Pertama iaitu pelaksanaan PKP Menyeluruh yang sedang

Events Wed, 3 Jul 2019

Afgan Kembali Ke Kuala Lumpur Oktober Ini, Kali Ini Membawa ‘Inspirasi’

Belum pernah ada mana-mana penyanyi lelaki khususnya artis bukan tempatan yang setiap tahun mengadakan konsert berskala besar kecuali Afgan!

Trending Tue, 28 Dec 2021

Tampil Gandingan Intan Najuwa & Idris Khan, Penerbit Bersyukur Drama ‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’ Trending

Penerbit Kembara Sufi Production Sdn Bhd, Jaja Ishak bersyukur apabila naskhah terbaharunya, Saat Kau Takluk Cinta Ini menerima pujian peminat. Menurut Jaja, peminat meminati jalan cerita yang ditampilkan dalam drama adaptasi novel berjudul sama nukilan

| Live TV

error: Content is protected !!