Hiburan By: Khairil Khusyairi June 16, 2024 @ 9:00pm

[VIDEO] Comel! Anak-Anak Ucap Selamat Hari Bapa Buat Datuk Red, Siap Minta ‘Pinjam Seratus’ 

Penyanyi Adira Suhaimi mencuri tumpuan wargamaya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Adira Suhaimi memuat naik video anak-anaknya membuat uacapan selamat hari bapa kepada Datuk Red.

Dalam hantaran tersebut, empat cahaya mata pasangan tersebut membuat ucapan dan menyatakan rasa sayang kepada bapa mereka itu.

“Happy father’s day in advance #Theadenan’s,” tulis Adira di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian manis itu, pelantun lagu Ku Bawa Cintamu itu turut tag akaun IG Datuk Red.

Namun, apa yang menjadi perhatian, di hujung-hujung ucapan, anak-anak berseloroh dengan meminta untuk ‘pinam seratus’ daripada Datuk Red.

Sebagai tanda kasih, Datuk Red meninggalkan komen dengan mendoakan anak-anaknya itu berjaya di dunia dan akhirat.

“Terima kasih sayang-sayang papa, jaga diri elok-elok tau. Dengar cakap @adira.suhaimi tau. Papa doa semoga anak-anak papa berjaya dunia dan akhirat,” komen Datuk Red.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Namun jodoh tidak panjang, mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor pada 24 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Adira Suhaimi, Datuk Red Dah Move On… Tiada Sinar Kembali Bersama

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Datuk Red, Adira Suhaimi Lebih Selesa Jadi Kawan, Namun Tak Tolak Sekiranya Berjodoh Kembali – “Kami Dah Berbincang…’

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red Kata Dah Bayar Hutang RM30,000 Tapi Jabatan Insolvensi Maklum Belum Terima Sebarang Bayaran 

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022

Elizabeth Tan Turut Diganggu Individu Berstatus Isteri Orang – “Macam-Macam Saya Terima”

Kesian Lizzy selalu kena ganggu dekat sosial media sendiri.. Tak ada rasa malu agaknya..

Hiburan Tue, 11 Feb 2020
Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Drama Tue, 31 Jan 2023
Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Gambar David-Victoria Lenyapkan Kontroversi Cerai

Walau bagaimanapun, selepas tiga hari pertunjukan Minggu Fesyen Paris itu berlangsung, bekas anggota kumpulan Spice Girls ini memuat naik gambarnya bersama suami, David Beckham.

Featured Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Mia Sara Berubah Kerana Berkawan Dengan Kasih Iris Leona?

Eh, kenapa tu Mia Sara? Betul ke dah berubah sebab pengaruh rakan sebaya?

Featured Mon, 22 Aug 2022