Hiburan By: Fatin Nurain June 16, 2022 @ 6:11pm

Anak Dapat 2A, Sharifah Shahirah Luah Rasa Syukur – “Apa Yang Pasti, Dia Lulus…”

Pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah, berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperoleh anaknya, Airell Zulkifly yang diumumkan hari ini.

Menurut Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, dia amat bersyukur anaknya itu lulus SPM dan memperoleh 2A untuk subjek Matematik dan Bahasa Inggeris.

“Alhamdulillah, saya bersyukur saja dengan keputusan Airell walaupun hanya mendapat 2A. Apa yang pasti, dia lulus dan sudah berusaha sebaik mungkin.

“Melihatkan kepada keputusan SPM itu, rata-ratanya mata pelajaran yang Airell lulus dengan baik mampu memberi peluang kepadanya untuk melanjutkan pengajian di universiti dalam jurusan pilihannya nanti,” katanya.

Penyampai radio itu turut menyatakan dia menerima apa saja keputusan SPM anaknya itu dengan hati terbuka.

“Saya lebih menekankan Airell agar menjadi insan yang berguna dan mampu berbakti kepada masyarakat, suka menolong orang dan saya juga tidak kisah sekiranya dia bekerja dengan gaji kecil nanti.

“Asalkan dia bekerja dan boleh berdikari dengan membantu orang lain suatu hari nanti, sudah cukup. Apa-apa pun, saya tetap akan menghantar dia melanjutkan pelajaran hingga ke universiti, sekurang-kurangnya ada diploma,” katanya.

Selain Airell, Shiera dan Ijoy turut dikurniakan tiga lagi anak iaitu Airra, Audra dan Adeena.

Shiera juga mempunyai seorang anak perempuan, Allisya Tahir, hasil perkongsian hidup dengan bekas suami, Jatt yang juga penyanyi Black Dog Bone.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 14 Apr 2018

Wah! Ikea Singapura Perkenal Crispy Rendang Chicken. Macam Sedap Je

Berikutan dengan penularan isu tersebut, Ikea Singapura telah memperkenalkan hidangan terbaharu mereka iaitu Rendang Chicken Wings.

Replicated Draft Fri, 24 Mar 2023

Dapatkan Pakej Bufet Ramadan Dengan Potongan Harga Menarik Bersama Klook

Berkumpul dan berbuka puasa bersama ahli keluarga sememangnya menjadi aktiviti yang wajib dilakukan setiap kali menjelangnya Ramadan. Selain dari membeli makanan di bazar, pakej bufet Ramadan yang ditawarkan di pelbagai hotel dan restoran turut menjadi […]

Trending Wed, 20 May 2020
Hiburan Fri, 11 Nov 2022

Ada Yang Kecam Kerana Tak Tahu Beza Mengucap & Ayat Kursi, Netizen Pertahankan Ratu Farah – “Dia Nervous Tu”

Pempengaruh, Ratu Farah Diva terkenal dengan video ‘pick up lines’ dan tarian ‘pelik’ sering menjadi bualan warganet di media sosial. Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik oleh @sugehresort di akaun TikTok mereka yang […]

Hiburan Tue, 4 Oct 2022
Trending Mon, 26 Aug 2019

This New Technology Platform by EFFRO Just Revolutionized Malaysian’s Events Industry!

A breathe of fresh air in the nation’s events hiring industry!

Featured Mon, 31 Oct 2022
error: Content is protected !!