Categories: HiburanSelebriti

ANAK JUTAWAN MALAYSIA KAHWIN!

Siapa yang tidak kenal dengan adik-beradik dari kumpulan Naza Group kan? Hari ini anak kepada jutawan, Tan Sri Nasimuddin Amin iaitu SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan iaitu CEO Berjaya Times Square dan juga anak kepada Tan Sri Vincent Tan ini mengambil keputuan untuk menamatkan zaman bujang mereka setelah berkawan sejak dibangku sekolah lagi.

Walaupun kedua-dua pasangan ini tidak berbicara dengan lebih lanjut mengenai perkahwinan mereka, Chryseis bagaimanapun telah memuat naik satu gambar di laman instagram beliau yang mengatakan beliau dan Faliq bakal disatukan pada hari ini.

Sumber : Instagram @chrystan_x

Dan berita gembira itu juga telah diumumkan secara rasmi oleh instagram Majalah Prestige Malaysia pada petang semalam. 

Sumber : Instagram @prestigemalaysia

Apapun, Tahniah diucapkan kepada SM Faliq dan Chryseis Tan! Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menantikan majlis perkahwinan yang mewah dan gilang-gemilang ini kan? 

Salma Syahbuddin