Anak Kedua Sudah Hampir 2 Tahun, Ummi Nazeera Beri Bayangan Hamil Anak Ketiga?

Pelakon Ummi Nazeera seakan memberi bayangan dirinya sedang hamil anak ketiga.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, sebelum ini, Ummi pernah menyatakan hasrat untuk mempunyai cahaya mata lagi ketika anak sulungnya berusia dua tahun dan diberi rezeki mengandung lagi.

Menurutnya, kesemua video di aplikasi TikTok miliknya sering memaparkan video tentang kehamilan dan memberitahu anak perempuannya yang kedua kini juga sudah hampir mencecah usia dua tahun.

“Was scrolling my TikTok FYP semua video ‘tentang kehamilan’. I had this feeling when Ayra turned 2 years old. Asyik cakap dekat Izzar (suami) masa tu, ‘Teringin la nak baby lagi.. Seronoknya ada baby lagi’.

“Alhamdulillah without planning Allah bagi sorang lagi baby Aysha masa tu. Haaa sekarang Aysha dah nak masuk 2 tahun. Jeng jeng jeng,” ujarnya.

Untuk rekod, Ummi dan suaminya, Mohd Izzar Anwari Abdul Khani mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayra Aneesah dan Aysha Arsylia.

Maya Basir