Anak Ketiga Baru Cecah Setahun, Mia Ahmad Hamil Lagi?

Pelakon Mia Ahmad tampil meraih perhatian dalam kalangan peminatnya selepas didakwa dia kini sedang berbadan dua walaupun usia anak ketiganya baru mencecah satu tahun.

Mia yang juga isteri kepada pemain bola sepak, Izham Tarmizi itu turut mempamerkan ‘baby bump’ ketika mengenakan set Khimar berona hijau dalam sebuah perkongsian di Instagram.

“Semoga Allah kumpulkan kami dengan orang yang kami sayangi di Jannatul Firdausi, semula. Love my family so much,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Mia kelihatan sedang sarat hamil, namun tidak mendedahkan usia kandungannya yang terkini.

Sekadar info, Mia dan Izham baru sahaja menimang cahaya mata ketiga, Imaani yang kini berusia 1 tahun, pada tahun lalu.

Terkejut dengan perkongsian itu, rata-rata peminatnya turut meluahkan rasa teruja di ruangan komen.

Terdahulu, Mia dan Izham telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Sayf Issa, Iriss dan Imaani.

Fatin Nurain