Anak Perempuan Nurul Shuhada Terima Rawatan Psikiatri Kanak-Kanak – “Humairah Paling Terkesan Sebab Semua Jadi Depan Mata Dia”

Isteri pelakon sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkongsi keadaan terkini anak perempuannya, Humairah yang terpaksa menjalani rawatan psikiatri kanak-kanak.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Shuhada memuat naik foto anaknya berada di sebuah pusat psikiatri.

“Doakan Humairah ya semua. Humairah tengah cuba nak adapt everything.. Dia sangat kuat macam Aisyah R.A (Isteri Rasullullah),” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Shuhada seakan memberi bayangan bahawa perjumpaan anaknya bersama doktor kanak-kanank psikiatri adalah kerana konflik rumah tangganya bersama suami, Hafidz Roshdi.

Lebih mengukuhkan dakwaan tersebut apabila ada individu mempersoalkan mengenai keadaan Humairah sehingga perlu dirujuk doktor psikiatri.

“Kenapa dengan anak Shu ni?,” soal individu itu.

Jawab Shuhada, anaknya yang kini berusia lima tahun itu sangat terkesan atas segala yang terjadi antara mereka suami isteri kerana Humairah merupakan saksi setiap kejadian berlaku.

“Tengah lalui ujian Allah yang berat juga. Humairah kuat.. Dialah yang paling terkesan sebab semua jadi depan mata dia.. Tak perlu nak mengadu domba, dia seorang yang sangat cerdik,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut Shuhada meluahkan rasa sayu terhadap anak kecil itu serta mendoakan agar Humairah kembali ceria seperti sedia kala.

 

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 9 Mei depan sebagai sebutan semula kes cerai pasangan berkenaan.

Ia ekoran,Hafidz didakwa telah melafazkan cerai lebih awal melalui mesej di aplikasi WhatsApp pada Januari lalu.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz sah bercerai talak satu dengan kakaknya pada 22 Februari lalu yang mana lafaz ketika itu dibuat menerusi panggilan telefon.

Pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Untuk rekod, Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi , 29, dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Aqilah Paharuzi