Hari gembira buat bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim dan suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid apabila dianugerahkan seorang ‘puteri’ pada hari Ahad, 15 September jam 10.20 pagi, 13 hari sebelum harijadi Azrinaz yang ke 40. Bayi seberat 2.75 kilogram itu dilahirkan secara normal di Pusat Perubatan Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 

“Saya dimasukkan ke pusat perubatan dari jam 5.30 pagi. Beberapa jam selepas itu, anak saya dilahirkan. Alhamdullillah, semuanya berjalan dengan lancar dan proses kelahiran juga mudah.

“Saya tidak menjangka semuanya berlaku begitu pantas. Mungkin kerana saya mengamalkan gaya hidup sihat, selain rezeki, semuanya menjadi mudah,” katanya kepada BH Online.

 

Gambar dari IG Azrinaz Mazhar Hakim

Ini merupakan anak pertama buat Azrinaz dan suami yang sudah mengenali satu sama lain sejak 20 tahun yang lalu semasa kedua-duanya bekerja di TV3 lagi. Mereka mendirikan rumahtangga pada 1 Mei tahun lalu setelah setahun lebih mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam. Buat masa ini pihak Azrinaz dan suami masih belum berkongsi gambar atau nama bayi di mana-mana laman sosial. 

Baca:https://www.xtra.com.my/ms/category/entertainment/posts/selamat-pengantin-baru-azrinaz

 

Terdahulu, Azrinaz dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel berusia 13 tahun dan seorang cahaya mata perempuan, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang berusia 11 tahun melalui perkahwinannya bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. 

 

Kami dari team Xtra ingin mengucapkan tahniah buat Azrinaz dan suami atas kelahiran permata hati yang tidak ternilai ini dan selamat berpantang!

 

 

Del14