Anak Rozita Che Wan Dedah Membesar Tak Pernah Pakai Selipar – “Pergi 7E Pun Pakai Kasut”

Anak sulung kepada pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy mendedahkan tidak pernah memakai selipar daripada kecil kerana tidak dibenarkan ibunya.

Memetik laporan Media Hiburan, Ammar memberitahu, Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta sentiasa memastikan anak-anak berpakaian kemas.

Menurutnya, hanya apabila meningkat dewasa sahaja mereka dibenarkan untuk memakai pakaian mengikut keselesaan.

“Last time when I was growing up, my mom tak bagi pakai selipar, seluar pendek. Kena selalu dress proper.

“Sekarang macam dia dah laid back, saya dah boleh pakai selipar, baju tidur. Before this saya tak pernah ada selipar, I think few years ago baru ada selipar.

“Even pergi 7E pun pakai kasut. Dia memang jaga lah,” ujarnya.

Sementara itu, pakaiannya juga masih disediakan oleh ibunya sehingga ke hari ini termasuklah sekiranya dia perlu pergi ke luar negara.

“Usually kalau pergi travel, let say saya cakap ‘Next week nak kena pergi Singapore’, macam esok dia shooting, sanggup malam tu dia pack siap, ada day one, day two, day three sebab dia nak saya betul-betul dress,” jelasnya.

Maya Basir