Hiburan By: Padin July 3, 2024 @ 3:07pm

Andyoso Mahu Teroka Genre Balada, Muncul Dengan Single Pendamping Hidupku

Penyanyi baharu, Andyoso atau nama sebenarnya Andika Zulkefli, 20, teruja apabila single keduanya berjudul Pendamping Hidupku memberi peluang baharu kepada dirinya untuk meneroka genre muzik balada.

Kata Andyoso yang bernaung di bawah Awal Muzik Entertainment, Pendamping Hidupku adalah hasil ciptaannya bersama komposer dan penulis lirik daripada Indonesia iaitu Shoga Tan dan Ujang K.

“Proses rakaman lagu ini dibuat di Indonesia selama empat hari. Pendamping Hidupku berkisarkan seorang lelaki yang merayu kepada Tuhan untuk memiliki wanita yang dicintainya.

“Jika sebelum ini saya mempertaruhkan single bergenre pop menerusi lagu Setiaku 100 Peratus, tapi kali ini agak berbeza dan saya teruja untuk membawakannya.

“Walaupun genre balada masih agak baharu untuk saya, tapi saya tidak duduk diam saja sebaliknya saya mengambil kelas vokal untuk memastikan lagu ini disampaikan dengan sempurna.

“Alhamdulillah penerimaan setakat ini positif dan muzik video lagu ini meraih lebih 140,000 tontonan di YouTube dalam tempoh sebulan dilancarkan,” katanya.

Tambah Andyoso, sebagai pendatang baharu dia mengaku mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Saya orangnya agak pemalu tapi selepas mengambil keputusan terjun dalam bidang ni saya cuba mengubah personaliti saya.

“Saya juga nak buktikan tanggapan netizen yang mendakwa saya hanya bersandarkan rupa wajah saja adalah salah. Setiap hari saya berlatih dan memasuki kelas vokal,” katanya yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pengajian Perniagaan di Universiti Teknologi MARA, Rembau, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Awal Muzik Entertainment, Saidin Nordin meluahkan rasa syukur apabila syarikat rakaman yang ditubuhkan pada 2019 kini semakin diterima baik oleh pelbagai pihak sekali gus berjaya meletakkan Awal Muzik Entertainment pada tahap yang cukup membanggakan hari ini.

“Alhamdulillah jika dulu kami kurang menerima perhatian, tapi sekarang Awal Muzik Entertainment antara syarikat rakaman yang mula meraih perhatian.

“Malah keluarga Awal Muzik Entertainment juga sudah bertambah besar dengan lebih 10 artis baharu di bawah syarikat rakaman ini.

“Saya harap dengan pelancaran single Andyoso dan Danial Kifli ini, peminat muzik akan terus mengikuti perkembangan Awal Muzik Entertainment kerana kami begitu optimis memberi peluang kepada anak muda untuk berjaya dalam bidang yang mereka gemari ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Oct 2019

Abby Abadi Kongsi Nama Penuh ‘Baby D’

Umum tahu kisah bayi pramatang pelakon Abby Abadi dan suaminya Faizal Zakaria yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selepas terpaksa dilahirkan melalui pembedahan, semasa kandungannya baru berusia 6 bulan. Baca: Abby Abadi Selamat Lahirkan […]

Hiburan Wed, 17 Apr 2019

汇集「金视奖」精英!时代剧《守百年之约》513隆重启播

时代剧《守百年之约》一部汇集了历届「金视奖」精英的重头巨作!

Hiburan Thu, 4 Jul 2024

Tampil Dengan Imej Berhijab, Nora Danish Akui Lebih Tenang & Selesa – “Doakan Saya Kekal Istiqamah” 

Manis je Nora bila dah bertudung ni kan, Alhamdulillah.. Moga terus istiqamah ❤️

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Fri, 20 Sep 2019

许冠杰出席「许冠杰之夜」属不实传言

亚洲音乐娱乐发声明表示,目前收到来自马来西亚歌迷询问关于许冠杰出席北马区某餐吧所举办的「许冠杰之夜」属不实传言。

Hiburan Tue, 6 Feb 2024