Categories: HiburanSelebriti

Angelina Jolie Tiruan Tidak Jalani Pembedahan

Minggu lalu, seorang remaja dari Iran dikatakan menjalani 50 pembedahan untuk kelihatan seperti pelakon Hollywood Angelina Jolie telah menggemparkan dunia.

Sahar Tabar, 19 tahun, sebelum ini dilaporkan menjalani pembedahan di bahagian wajahnya, telah menerima kritikan hebat netizen seluruh dunia sehingga ada yang menggelarnya ‘zombie’.

Menurut sumber, dia sengaja mengubah suai gambar berkenan demi mengekspresikan seni dan demi  hiburan semata-mata.


“Gambar yang dimuat naik di Instagram milik saya  sebenarnya telah disunting menggunakan kaedah ‘photoshop’,” katanya.

Jelasnya, dengan menghasilkan gambar sebegitu mampu memberi kepuasan kepadanya dan baginya ia sebagai satu cara untuk memberi hiburan kepadanya.

Sumber – Mirror.UK

SGMS Enal