Hiburan By: SGMS Faida September 27, 2018 @ 12:00pm

Anggap Ujian Sebagai ‘Teguran’ Kecil, Perkongsian Asyraf Khalid Buat Netizen Terjaga

Bila kereta kesayangan dilanggar lori, siapa yang tidak sedih kan. Tambah pula, orang yang melanggar pula lari tanpa boleh dikesan.

Itu yang berlaku kepada suami pelakon Tya Ariffin, Asyraf Khalid yang menganggap ujian dilaluinya mungkin teguran daripada Allah SWT.

Akuinya, mungkin terlalu leka urusan dunia dan ambil mudah dalam melakukan ibadah wajib, ‘teguran’ itu dianggap peringatan terhadapnya.

“Baru-baru ni, saya dilanda musibah, kereta kesayangan saya dilanggar lori dan lori tersebut lari tanpa sempat ambil nombor plat.

“Bila saya diuji, benda pertama dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya,” tulisnya di Instagram.

Tambah anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, dia mengingatkan semua termasuk dirinya sendiri bahawa ujian Allah sebagai peringatan untuk kembali ke jalan lurus.

“Bila kita ambil ujian Allah ini sebagai satu peringatan, kita akan kembali ke jalan yang lurus dan bila kita di jalan yang lurus, Insya-Allah akan reda dengan perbuatan kita dari situlah datangnya rezeki yang lebih besar,” ujarnya.

Asyraf berkata setiap musibah yang berlaku tidak boleh dianggap sebagai nasib malang dan seharusnya menjadi peringatan untuk kembali kejalanNya.

“Kepada yang melihat masalah itu sebagai satu ‘bad luck’ mereka akan terus lagi dapat ‘bad luck’ kerana mereka tidak ambil musibah tersebut sebagai peringatan dari Allah dan terus lupa pada Allah serta perintah-Nya.

“Ustaz saya selalu mengingatkan kami, kalau kita punyai masalah dengan sesiapa pun, itu adalah ujian dari Allah. Pulihkan hubungan dengan Allah dan hubungan kita sesama manusia akan jaga oleh Allah,” katanya.

Usahawan ini juga memberitahu dia sekadar berkongsi pendapat peribadinya.

“ Saya bukan seorang ustaz atau seorang ‘scholar’. Sekadar berkongsi buah fikiran untuk  difikirkan bersama,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Nov 2023
Featured Fri, 14 Apr 2023
Hiburan Thu, 20 Jul 2023
Events Wed, 9 Oct 2019

Kenapa Akim Ahmad Sakit Hati Ni?

Wow! Netizen pun, nak tuduh tu biar lah berlapik okay

Events Mon, 6 Jan 2020

Love At First Sight Hanya Di Mangala Resort & Spa

Mangala Resort & Spa, Gambang, Kuantan Memukau dan mempesonakan!

Featured Tue, 12 Apr 2022

Tauke Jambu Dan 4 Individu Didakwa Miliki Dadah

Sebelum ini Tauke pernah didakwa terhadap kes yang sama namun…

Events Mon, 18 Dec 2023