“Anggaplah Jodoh Kami Sampai Di Sini” – 3 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bercerai

Penyampai radio Fizi Ali mengumumkan dia dan isteri, pelakon Shakilla Khoriri berpisah dan membawa haluan masing-masing.

Fizi mendedahkan berita ini menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram miliknya.

“Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing.

“Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi,” tulis Fizi di ruangan kapsyen hantaran terbabit.

Fizi berharap semua pihak dapat menghormati keputusan mereka dan berterima kasih dengan doa-doa orang ramai kepada mereka sebelum ini.

 

Melihat kepada komen-komen yang ditinggalkan, ramai rakan-rakan artis dan peminat yang memberikan kata-kata sokongan dan doa kepada mereka berdua.

Malah, ada juga yang bersedih kerana mereka suka lihat kemesraan yang ditonjolkan oleh pasangan itu sebelum ini.

Menjalin hubungan cinta semenjak September 2013, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia pada tahun 2019.

Arfah