Featured By: Nurul Hana May 17, 2023 @ 8:20pm

Anggi Marito Dedikasi Lagu ‘Tak Segampang Itu’ Buat Kekasih

Penyanyi muda yang berbakat Anggi Marito kembali mengeluarkan single keduanya yang bertajuk ‘Tak Segampang Itu’ yang dilancarkan di bawah label rakaman Universal Music Indonesia.

Untuk lagu ini, Anggi Marito kembali bekerjasama dengan salah satu pencipta lagu hits percintaan, Mario G Klau. Hal yang sama dilakukannya di single pertamanya. Tidak hanya itu,Anggi Marito turut menarik pemuzik senior terkenal iaitu Tohpati, untuk mengaturkan lagu tersebut. Sebuah kolaborasi yang sangat epik!

“Saya tidak pernah terfikir bahawa saya sebenarnya akan bekerja dengan Mario lagi, tetapi secara jujur, saya sangat menyukai lagu kedua ini. Bermula dari lirik yang mudah difahami, dan manis,” ujar Anggi Marito.

Lagu ‘Tak Segampang Itu’ menceritakan tentang seseorang yang belum boleh melupakan bekas kekasihnya. Walaupun ada orang baru yang datang dan dianggap sempurna, tetapi tidak boleh diterima kerana masih ada bayangan bekas kekasihnya itu.

Anggi Marito berharap lagu ini boleh dikaitkan dengan ramai orang, dan boleh menjadi jawapan serta inspirasi kepada yang mendengar.

“Ada tiga sebab kenapa lagu ini harus didengarkan, pertama, lagu ini pastinya boleh dikaitkan
dengan ramai orang. Kemudian, lagu ini sesuai untuk anda yang ingin menikmati gelora
mengenang kekasih. Akhir sekali, lagu ini sangat mudah untuk diingati dan akan melekat di
fikiran anda,” akhiri Anggi.

Lagu ‘Tak Segampang Itu’ telah keluarkan sejak 2 November 2022 yang lalu dan boleh
didengari di semua digital platform dan tonton muzik videonya di platform YouTube rasmi
Anggi Marito.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
LIFESTYLE Sat, 29 Dec 2018

Anak Boleh Kena Cirit Birit Lepas Mandi Laut, Ikuti Tips Keselamatan Ini

Anak Boleh Kena Cirit Birit Lepas Mandi Laut, Ikuti Tips Keselamatan Elak Anak Jatuh Sakit

Trending Tue, 26 Jan 2021

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Beri Kata Semangat Buat ‘Frontliners’

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menerusi satu hantaran di laman Facebook baginda menzahirkan kata-kaat semangat buat petugas perubatan di semua hospital di negeri tersebut. Kata-kaat […]

Hiburan Wed, 11 Apr 2018

Realiti Atau Publisiti? Alina Mentor Otai Mohon Bantuan

Ramai netizen menganggap bahawa isu seperti ini agak cliche untuk dibangkitkan lagi bagi meraih undi dan populariti. Al-maklumlah bagi mereka, rakyat Malaysia mudah termakan simpati.

Featured Mon, 16 Jan 2023
Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Azhar Sulaiman ‘Tegur’ Pelakon Suka Memilih

Jangan rasa industri seni di Malaysia macam di Hollywood walhal tidak. Ramai yang berada dalam bidang ini suka berangan.

Featured Thu, 9 Mar 2023