Hiburan By: Salma Syahbuddin March 13, 2019 @ 3:27pm

Ani Mayuni Sebak, Anak Ditampar Dan Disepak

Ibu mana yang tidak sedih bila melihat anak yang dilahirkannya mengalami kecederaan apabila terlibat dalam kes buli yang berlaku beberapa hari yang lalu.

Wirda Viviana Zairi yang dibuli disebuah sekolah di Titiwangsa, Kuala Lumpur itu turut didera oleh sekumpulan orang pelajar kerana enggan menceritakan kisah peribadinya. 

Menurut Ani Mayuni, beliau tidak dapat tidur malam kerana memikirkan keadaan anaknya ketika itu. 

” Saya tidak boleh tidur malam kerana mengenangkan keadaaan anak yang ditutup mulut dengan kain dan ditampar serta disepak berulang kali oleh beberapa orang pelajar senior. Andai sesuatu yang buruk berlaku kepada anak saya, saya tidak akan memaafkan mereka.” 

Tambahnya lagi, seramai 8 orang pelajar senior yang terlibat dalam kes buli dan dera anak beliau pada ketika itu.

” Dia memberitahu ada lapan orang pelajar senior mahu mengetahui mengapa ibu dan bapa saudaranya datang ke sekolah. Apabila dia enggan bercerita, pelajar senior itu mengugutmahu memukulnya. Dan, disebabkan takut denganugutan tersebut dia pun bercerita. Tetapi, pelajar senior tersebut masih tidak berpuas hati dan mempercayainya. Mereka menendang dan menumbuk pinggang anak saya, menampar muka serta memukul dada.” Jelasnya.

Malah, lebih memilukan hati apabila mulut anaknya turut ditutup dengan kain bagi mengelakkan warden mendengar jeritan Wirda. 

“Apabila Wirda menangis kesakitan, mereka menutup mulutnya dengan kain. Sebagai ibu saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaan dia ketika itu. 

“Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Setapak dan mendapatkanlaporan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu.

“Sebenarnya anak saya dibuli sejak tingkatan satu lagi tetapi tidak seteruk ini. Kali ini saya tak boleh berdiam diri. Laporan polis perlu dibuat demi keselamatan anaknya yang kini sedang trauma dengan kejadaian tersebut” Katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Bekas Suami Punya Pasal, Duit RM200,000 Milik A. Aida Lesap?

Sebanyak dua transaksi dibuat pada waktu subuh pada 1 Mac lalu membabitkan bekas suaminya, Ariff Aziz.

Hiburan Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Dato Siti to Pay Tribute to Late Pak Ngah

It’s a sweet gesture from one legend to another.

Featured Tue, 2 Aug 2022
Hiburan Fri, 19 May 2023

Mahu Cuba Pelbagai Watak, Bella Astillah Sedia Bawa Watak Penyondol

wah tak sabar ni nak tengok kalau Bella dapat watak penyondol

Featured Fri, 3 Feb 2023

Suami Fatin Afeefa Bagi Nafkah Cecah Lima Angka? – “Maintenance Eh?”

Wowwww 🤯 Duit Opai ni memang unlimited ke macam mana? Fuhhhhh bagusnya muliakan isteri.. 🥰 Untung Fatin 😌