Sibuk Belajar Bahasa Indonesia, Anna Jobling Bakal Berhijrah? – “Saya Sangat Serius”

Pelakon Anna Jobling mendedahkan dia kerap menghadiri kelas Bahasa Indonesia bagi memudahkan dirinya berkomunikasi.

Bercakap kepada XTRA, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, dia serius untuk mengembangkan kariernya selepas menerima beberapa tawaran lakonan di Indonesia.

“Saya kerap hadiri kelas Bahasa Indonesia, boleh katakan setiap minggu juga. Saya ambil kelas peribadi di sini.

“Saya sangat serius, sebab untuk dapatkan tawaran daripada sana amatlah susah. Saya sangat bekerja keras untuk dapatkan job di sana.

“Agak sukar juga ya untuk pelakon Malaysia tembus pasaran di sana,” ujarnya kepada pemberita.

Anna berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Gema Lebaran Anna Jobling di Royale Palace, di Cyberjaya, baru-baru ini.

Disoal adakah akan berhijrah ke Indonesia kelak, pelakon drama fenomena Melur Untuk Firdaus itu enggan berkata lebih sebaliknya memaklumkan dia akan berulang alik antara dua negara.

“Saya tak boleh katakan lagi soal hijrah ini.

“Saya tetap akan berlakon di Malaysia juga, saya akan ulang alik juga, susun jadual dengan mengikut keperluan.

“Saya perlu ada drama setiap tahun, sasaran saya setiap tahun adalah sekurangnya dua drama,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Anna bersyukur dapat menganjurkan rumah terbuka bersama para peminatnya di Malaysia pada tahun ini.

“Alhamdulillah, tahun ini dapat anjurkan rumah terbuka bersama peminat semua. Tahun lepas saya anjurkan di Indonesia bersama peminat di sana.

“Di sini saya selalu anjurkan acara bersama peminat, tapi kalau di sana saya rasa masa terbaik buat acara adalah rumah terbuka Hari Raya.

“Saya gembira sangat bila lebih 200 peminat saya hadir pada tahun ini, semuanya dari pelusuk negeri,” ujarnya teruja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sarah Yasmine Kenalan Saya” – Anna Jobling

ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen Kantoi ‘Check In’ Hotel? Sarah Yasmine Tunjuk Bukti… Dakwa Curang Dengan Anna Jobling

Khairil Khusyairi