Hiburan By: SGMS Faida March 2, 2019 @ 10:09am

‘Antara Ramai Pengarah, Mawi Je Yang….’- Along Cham Kongsi Pengalaman Berlakon Dalam ‘Tiada Tajuk’

Dah lama rasanya kita tak nampak pelawak Along Cham tampil di layar perak. Kali terakhir kemunculannya ketika filem Adnan Sempit Sawadikap sekitar lima tahun lalu.

Menurut Along ketika ditemui di majlis pelancaran filem Tiada Tajuk baru-baru ini, dia terkejut apabila pengarah yang juga rakan karibnya Mawi menawarkan watak untuk berlakon dalam filem ini.

“ Sudah lama saya tak berlakon filem memandangkan kini saya sibuk menguruskan perniagaan produk makanan dan bekerja untuk belakang tabir pula.

“ Apabila Mawi bertanya sama ada saya berminat untuk berlakon dalam filemnya, sudah tentu saya setuju walaupun pada mulanya gementar dengan watak diberikan.

“ Saya percaya penonton Malaysia dahagakan sebuah filem bergenre komedi dengan elemen Islamik. Jarang saya lihat di TV lawak yang berkonsepkan seperti dalam filem ini,” katanya kepada XTRA.

Dalam pada itu, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad turut berkongsi pengalaman bekerja di dalam arahan Mawi ternyata memberikan sebuah pengalaman luar biasa.

“ Belum pernah saya berlakon dalam filem yang mana pengarahnya bila nak tegur, dia panggil kita dan berbisik. Pendek kata, tidak memalukan pelakon itu sendiri di depan orang ramai.

“ Beliau bukan seorang pengarah yang jenis ‘menyalak’. Ada sesetengah pengarah apabila pelakon itu tidak berjaya menyampaikan apa yang dikehendaki, selalunya memang dah kena jerit.

“ Berbeza bekerja di set bersama Mawi, dia juga tahu kawal ‘meter’ pelakon agar kesemuanya nampak seimbang. Itu kekuatan yang ada pada Mawi yang saya jarang nampak ada pada pengarah lain,” katanya.

Filem Tiada Tajuk bakal berada di seluruh pawagam tanah air bermula 4 April depan.

Filem Tiada Tajuk terbitan Mawi World Entertainment ini merupakan filem pertama arahan Mawi yang berkonsep komedi Islamik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Sep 2021
Hiburan Tue, 5 Nov 2019

“We are Our Own Warriors and Champions!”, This is Why P!NK is Appointed as This Year’s “The People’s Champion”

The two-time People’s Choice Awards Winner to accept the honor at the live ceremony on November 11 in Santa Monica.

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

“I Feel the Emptiness from Every So Often…” – Taemin on Jonghyun’s Absence

It’s been more than a year but the members still get affected every once in a while.