Hiburan By: SGMS Faida July 30, 2018 @ 7:01pm

Anuar Zain ‘Gegar’ Singapura 26 Oktober Depan

Berita baik buat para peminat penyanyi Anuar Zain! Anda berpeluang menyaksikan konsert Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore 2018 yang bakal diadakan di The Start Theatre @ The Star Performing Arts Centre, Singapura.

Konsert berkenaan dijangka berlangsung pada 26 Oktober depan di mana penyanyi berusia 48 tahun ini sudah siap sedia menggegarkan pentas dengan rangkaian lagu-lagu hits miliknya.

Antara lagu-lagu hits Anuar termasuklah Sedetik Lebih, Lelaki Ini, Keabadian Cinta, Bila Resah dan Sesucinya Cintamu.

Bagi mereka yang berminat, tiket boleh didapati di semua lokasi penjualan tiket SISTIC di Singapura.

Selain itu, tiket juga boleh dibeli secara dalam talian menerusi www.sistic.com.sg bermula 3 Ogos depan.

Tiket dijual pada harga SGD$228, (RM680), SGD$188 (RM561), $SGD158 (RM471), $SGD128 (RM381) dan $SGD98 (RM292).

Konsert ini dibawakan khas oleh Hype Records. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh juga layari www.hyperecords.com. Jom guys!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Jun 2021

Kebenaran Majlis Akad Nikah Di Selangor Mulai 1 Julai & SOP Terkini

Berita baik buat bakal pengantin! Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengumumkan kebenaran pelaksanaan Majlis Akad Nikah di negeri Selangor mulai 1 Julai 2021. Menurut hantaran terkini di Facebook rasmi JAIS, kebenaran majlis akad nikah […]

Featured Tue, 12 Oct 2021

“Terharu Sampai Bergenang Air Mata” – Ini Reaksi Fazura Bila Lihat Peminat Sarung…

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Perniagaan hijab yang diusahakan oleh aktres dan usahawan jelita, Nur Fazura semakin berkembang maju. Buktinya adalah apabila setiap Fazura melancarkan koleksi terbaharu tudungnya, pasti terus […]

Hiburan Thu, 31 May 2018

山脚下男孩成军25周年915开唱「自嘲男孩变大叔」

成军25周年的山脚下男孩,终决定在9月15日举办山脚下男孩25周年《都有你在》演唱会!盼歌迷能带着小孩一起来集体回忆经典曲目,并且还会演唱全新曲目,一起「吸粉」新生代!

Events Wed, 10 Apr 2019

Nur’s Capabilities and Success Shows by Taking Home Six Awards at DFKL 2019!

A good quality drama deserves this kind of recognition, congratulations!

Hiburan Sun, 17 Feb 2019

Konsert Terakhir Bukti Altimet Layak Digelar Lagenda Rap

Rugi siapa yang tak datang tengok persembahan terakhir Altimet malam ini!

error: Content is protected !!