Hiburan By: SGMS Faida April 7, 2019 @ 2:00am

Anugerah DFKL 2019 Malam Ini, Siapa Pilihan Korang?

Malam ini bakal berlangsung Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang bakal menyaksikan pencalonan bagi pelbagai kategori. 

Bertemakan ‘Positif Selalu’, DFKL kali ini telah memasuki tahun ke-6 penganjurannya yang mana mengekalkan objektif utama untuk mencungkil bakat-bakat baharu dan memberi peluang kepada anak-anak muda menimba ilmu bersama panel berpengalaman dalam industri drama.

Siapa agaknya yang bakal membawa pulang trofi Drama Pilihan, Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Rantaian Bahasa Cina.

Antara Drama yang tercalon adalah Jangan Benci Cintaku, Kekasih Paksa Rela, Seribu Rindu, Isteriku ‘Mem’ Besar, Cik Sempurna, Papa Nak Menantu, Raisha 2, Cinta Hati Batu, Terbaik Dariku, Semerah Cinta Humairah, Nur, Andainya Takdir 2, Cinta Koko Coklat dan Dian.

Pilihan XTRA;

Aktres Pilihan yang tercalon Zahirah Macwilson, Intan Najuwa, Amyra Rosli, Amyza Aznan, Emma Maembong, Zara Zya, Janna Nick, Aishah Azman, Diana Dianella, Elizad, Dayang Areeda, Azira Shafinaz, Jaja Ilyiex, dan Amyza Aznan.

Pilihan XTRA; 

Pasangan pilihan dalam drama yang tercalon Saharul Ridzwan & Zahirah Macwilson, Remy Ishak & Intan Najuwa, Arash Mohd & Amyza Aznan, Azrel Ismail & Emma MaembongZoey Rahman & Dayang Areeda,Hafidz Roshdi & Jaja IliyesAshraf Muslim & Aishah Azman, Syazuwan Hassan & Zara Zya,Fahrin Ahmad & Janna NickSyafiq Kyle & Amyra RosliShukri Yahaya & Nina Iskandar, dan Aqasha & Zahirah Macwilson.

Pilihan XTRA; 

Sementara itu, siri Jelajah DFKL 2019 yang berlangsung bulan lalu turut membariskan pengarah dan penerbit terkenal selaku juri serta ahli panel sesi uji bakat dan sesi kongsi seperti Heykal Hanifah, Datuk A Aida, Along Kamaludin dan Erma Fatima manakala Ashraf Muslim dan Fasha Sandha sebagai ahli panel dan juri jemputan.

Malam Anugerah DFKL 2019 bersiaran langsung pada 7 April (malam ini) dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Rancangan ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi portal video www.tonton.com.my. Nak tengok siapa menang, jangan lupa tonton okay! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Lepas Artis, Anak Artis Pula Jadi Mangsa Kutukan Netizen

Kasihan..jangan lah kejam sangat sampai anak-anak pun nak kutuk?

Hiburan Sat, 23 Feb 2019

Makin Sihat Di Rumah, Henti Sebar Berita Kematian AR Badul

Ish, terkejut warganet tau. Hal kematian jangan dibuat main wak!

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Featured Fri, 26 Aug 2022
Events Mon, 11 Apr 2022