Anugerah Juara Lagu Ke 37 Tawan Hati 5.4 Juta Penonton

Anugerah Juara Lagu ke 37 (AJL 37) yang menyaksikan Aina Abdul mengungguli dua anugerah dan trofi iaitu Juara Lagu dan anugerah Vokal Terbaik menerusi nyanyian dan karya sepenuhnya ‘Terus Hidup’, berjaya menawan hati 5.4 juta penonton yang menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu. Capaian menerusi platform digital juga amat memberangsangkan dengan jumlah 1.75 billion.

Peratusan peningkatan ini juga turut dikaitkan dengan persembahan unik “Dimensi Muzik” daripada para finalis seperti Shiha Zikir, Naim Daniel, Noki dan MK K-Clique, serta Alif Satar and The Locos yang semestinya membuatkan para penonton terkesima. Pembukaan AJL 37 bertambah hangat dengan persembahan gabungan 3 genre muzik iaitu Rock, Etnik Kreatif dan Hip Hop yang dijayakan oleh Lan Typewriter (Lagu Untukmu – Rock), De Fam & Wany Hasrita (7 Nasihat – Etnik Kreatif), Kaka Azraff (Nuri – Rock) dan Tuju, Loca B, Syamel dan Waris (Mentera Semerah Padi & Mantera Beradu – Etnik Kreatif & Hip Hop).

Sementara menunggu keputusan yang mendebarkan, penonton di Axiata dan di rumah telah dihiburkan dengan penampilan istimewa kumpulan band Malaysia iaitu Blues Gang dan Exist dengan lagu evergreen mereka iaitu Khatulistiwa, Apo Nak Di Kato dan Langkah Seiringan serta Kugiran Masdo yang mendendangkan lagu-lagu popular mereka iaitu Teruna & Dara dan Bunga.

Lebih 8,000 pengunjung telah membanjiri Axiata Arena seawal pukul 3.00 petang tanpa menghiraukan cuaca hujan demi menyokong dan memeriahkan suasana AJL 37 kerana sudah tiga tahun acara berprestij ini tidak dibuka untuk tontonan orang ramai sejak penularan COVID-19.

Tahniah dan terima kasih kepada lebih 8,000 penonton di Axiata Arena terutamanya kelab peminat yang telah memberikan sokongan padu menerusi pembelian tiket AJL 37 di laman web rasmi dan aplikasi Tonton berharga dari RM50 sehingga RM 300 (Super VVIP). Mereka mula membanjiri lokasi sejak pukul 3.00 petang untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh penaja Alha Alfa Cosmetics.

AJL 37 menampilkan Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama, dikuasai oleh Samsung Galaxy S23 Series dan MYTV sebagai rakan penaja. AJL 37 turut menampilkan Tonton sebagai platform penstriman eksklusif AJL 37, Hot FM sebagai Rakan Radio serta Oh Bulan, Seismik dan XTRA sebagai Rakan Digital.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

Padin