Hiburan By: SGMS Enal October 3, 2019 @ 8:52am

Api Marak Menjulang Ke Langit Pusat Kualiti Alam Terbakar

 Suasana cemas tercetus sejurus bunyi letupan disusuli bunyi alat penggera, menyebabkan para pekerja lari bertempiaran untuk menyelamat diri dalam kejadian kebakaran sebuah stor di Pusat Kualiti Alam, di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari 2 Oktober 2019

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Abd Rahman Ali berkata kira-kira 80 peratus daripada stor berkeluasan 120 X 400 kaki persegi musnah dalam kebakaran itu, yang berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.21 petang.

Beliau yang mengetuai operasi bersama 47 anggota lain berkata kebakaran melibatkan cecair serta bahan-bahan mudah terbakar di stor Pusat Kualiti Alam, yakni sebuah fasiliti yang mempunyai lesen untuk menguruskan 76 daripada 77 kategori pembuangan berjadual.

“Operasi pemadaman disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Seremban, Nilai dan Port Dickson. Ia juga turut dibantu oleh Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT). Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu semasa menceritakan detik-detik cemas​​​​​​, seorang pekerja pembersihan warga Nepal, Santosh, 26, ketika ditemui di tempat kejadian berkata beliau yang sedang berehat ketika itu, terkejut apabila mendengar beberapa bunyi letupan yang kuat.

“Kami semua lari bertempiaran keluar dari sana sebaik mendengar bunyi penggera keselamatan, lari sehingga kira-kira 2 kilometer ke jalan utama.

“Sebelum ini majikan kami sering berpesan jika kecemasan berlaku, kami diminta keluar dari kawasan kilang… pengawal keselamatan di sini juga ada minta kami semua keluar dari kawasan itu,” katanya.

Seorang pemandu lori yang enggan mendedahkan namanya pula berkata pada mulanya ia melibatkan kebakaran kecil sahaja, dengan ada pihak bomba dilihat melakukan kerja-kerja pemadaman, dan menurutnya keadaan ketika itu masih terkawal.

“Saya kemudiannya keluar makan tetapi tidak sangka pula api merebak dengan pantas dan terpaksa meminta bantuan daripada jabatan bomba yang lebih ramai. Sebaik saya mahu balik ke tempat kerja, pengawal keselamatan sudah tidak benarkan kami masuk kerana keadaan berbahaya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Dec 2022

Hafiz Mahamad Dedah Aktiviti Harian – “Saya Hanya Menumpang Rezeki….”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad mendedahkan dia hanya menumpang rezeki isterinya, Syafiqah Aina.   View this post on Instagram   A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) Hafiz berkongsi perkara terbabit menerusi kemas kini

Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Datin Muda, Elvina Nikah 18 Mac

Tahniah buat pelakon muda Elvina yang bakal bernikah 18 Mac 2018

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

周杰伦花式调侃 《中国新歌声》开播前欢乐多

在《新歌声》当了三年的导师,周杰伦已经从那个原本有点害羞的大男孩,变成了会花式调侃的「皮皮伦」!今年录像还未开始,他就贡献了“奶茶”、“歌词”等多个话题梗,频频上了热搜,那么他在节目中表现到底有多皮呢?

Hiburan Thu, 2 Sep 2021

Raih Perhatian Penonton, Drama Bersiri Anak Sena Papar Sisi Berbeza

Mengangkat tema kehidupan masyarakat Orang Asli, drama bersiri Anak Sena yang sedang ditayangkan di TV3 ketika ini menarik perhatian ramai. Kisah yang sarat dengan pengajaran dan kisah hidup masyarakat minoriti itu bukan sahaja tular dalam

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ayda Jebat Kongkong Siapa ?

Ayda Jebat dikatakan mengongkong di atas dasar cemburu betul ke?

Hiburan Mon, 21 May 2018

Syukur! Nabil Ahmad Bakal Jadi Tetamu Allah Kali Keempat

Setiap kali pulang perasaan rindu itu semakin menebal dan saya akan ambil peluang ini untuk beribadat dan memperbaiki diri…

Events Thu, 24 Mar 2022

“Saya Ada 74 Baju….” – Selalu Pakai Baju Cef Sebab Nak Menunjuk Ke? Ini Respons Fazley Yaakob

Aduhai kalau dah namanya cef, mestilah selalu pakai baju cef kan.. 😂

Hiburan Tue, 20 Sep 2022

Terpaling Juara: Hattan Komen Persembahan Bosan, Ini Respons Rahmad Mega

Minggu depan Rahmad akan bawakan lagu duet Keliru 😍

Events Mon, 11 Mar 2019

3 Cool Events to Look Forward to in March 2019

3 cool events in the 3rd month of the year…

| Live TV

error: Content is protected !!