Ariana Grande – Pete Davidson SAH Putus Tunang

Mula bercinta pada Mei lalu dan bertunang sebulan selepas itu, penyanyi terkenal Ariana Grande disahkan sudah putus dengan Pete Davidson.

Memetik laporan People, keputusan mereka berdua putus masih tidak diketahui.

Nampaknya, status Twitter Ariana sekitar September lalu yang menggambarkan dirinya dalam keadaan baik-baik saja menjawab segalanya.

Ariana Grande dikatakan bakal memulangkan semula cincin yang diberikan tunangnya itu.

Dikhabarkan cincin pertunangan tersebut bernilai hampir AS$100,000.

Sumber dipercayai memberitahu tiada pergaduhan mungkin tiada chemistry di antara mereka. Dah tiada jodoh kan, nak buat macam mana? 

SGMS Faida