Arrian Dan Andra Bakal Dapat Adik…Tomok Doa Dipermudahkan Segalanya

Penyanyi popular, Tomok berkongsi berita gembira dengan berkongsi foto alat ujian kehamilan yang mengesahkan isterinya, Rahayu Abas atau Ayu sudah hamil.

“Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah. Satu berita gembira untuk kami sekeluarga. Ayah doakan ibu dipermudahkan segalanya. Arrian dengan Andra nak dapat adik!

“Alhamdulillah. Terima kasih Allah,” tulisnya di Instagram.

 

Manakala di IG Story, Tomok berkongsi video bersama dua anaknya, Arrian dan Andra bertanya mengenai perasaan mereka bakal mendapat adik baru.

Dalam pada itu, Ayu turut berkongsi perkara sama di IG Story, namun ingin mendapatkan pengesahan daripada doktor terlebih dulu

“Alhamdulillah. Alat ujian kehamilan ini tepat 99 peratus. Dari keputusannya, 3+ bermaksud, lebih dari empat minggu. Untuk lebih sahih, perlu buat pemeriksaan dengan doktor,” tulis.

Oleh: Guy Masaki

Del14