Hiburan By: SGMS Enal July 27, 2018 @ 11:40am

Opsss…Barang Tiruan Rupanya

Bila orang biasa menggayakan barang tiruan, mungkin ramai yang tak ambil pusing. Tapi berlainan pula apabila selebriti menggunakannya, mungkin ramai yang garu kepala!

Kenapa agaknya mereka tak membeli yang original saja? Maklum saja, mereka dijadikan idola ramai, sudah tentu gaya harian terus dicontohi.

Menerusi laman Instagram @streetwearbustamy, pemilik akaun ini mendedahkan beberapa nama artis Malaysia yang menggunakan barang tiruan. 

Ismail Izzani, Aiman Tino, Haqiem Rusli, Emma Maembong dan Fathia Latiff antara nama yang dipetik.

Barangan yang digayakan pula bukan calang-calang jenama antaranya Supreme, Balanciaga, Adidas, Gucci mahupun Louis Vuitton. Mungkin mereka ada jawapan tersendiri kenapa agaknya pilih untuk menggayakan fake item

 

 

 

Syabas buat artis Malaysia yang menggunkan barangan jenama asli termasuk Awal Ashaari, Sharifah Sakinah, Nabila Razali dan Asad Motawh.

Menurut akaun tersebut, selebriti yang menyokong barangan tiruan itu boleh dianggap sebagai menyokong jenayah hak cipta.

Sumber: streetwearbustamy

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Jun 2023
Featured Thu, 13 Oct 2022

Rizky Billar Akhirnya Ditahan, Dakwa Lesti Kejora Akan Tarik Balik Laporan Polis

Rizky Billar secara rasmi ditahan hari ini selepas disahkan sebagai suspek kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan oleh Lesti Kejora. Ketika dibawa di hadapan kru media, Rizky Billar  yang memakai pakaian penjara berkata isterinya akan menarik […]

Featured Wed, 8 Mar 2023
Hiburan Thu, 16 May 2019

Aliff Aziz Mohon Ruang

Bella Astilah mengumumkan mahu mengundurkan diri dari hidup Aliff

Hiburan Thu, 18 Jul 2019
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Kenapa Perlu Tengok Dua Drama Korea Ini Di Tonton?

Dua drama terhangat dan mendebarkan dari Korea ini pastinya akan membuatkan anda ternanti-nanti apakah masalah yang bakal dihadapi oleh peguam-peguam terhebat abad ini?