Hiburan By: SGMS Faida May 22, 2019 @ 1:34am

Artis Senior Lancar Tabung Kilat Buat Keluarga Shah Slam

Acara berbuka puasa Artis 5 Suara bersama barisan artis 90-an di Tamu Hotel & Suites Kampung Baru pada Isnin lalu berjaya mengutip sumbangan lebih RM600 untuk diserahkan kepada keluarga Shah Slam yang ditimpa musibah pada 17 Mei lalu.

Penyanyi Mac Ruhayu, ketika dihubungi berkata pada acara itu hampir 100 artis era 1990-an berkumpul beramah mesra sambil kembali mengeratkan silaturahim yang sudah lama berpisah.

“Alhamdulillah ramai rakan artis perihatin yang hadir pada malam itu turut menyumbang ke dalam tabung bantuan kecemasan yang kami lancarkan pada malam itu.

“Selepas dikira-kira, kami dapatlah mengumpul lebih RM600 dan sumbangan itu sudah pun diserahkan kepada Shah dan isterinya, Ina (bekas ahli kumpulan Freshies) di ‘homestay’ tempat mereka berteduh buat sementara waktu, sekitar jam 4 petang tadi,” kata Mac.

Selain wang yang terkumpul, Shah dan keluarga turut mendapat sumbangan tambahan berupa hamper makanan dan wang tunai dari wakil syarikat Intercoin Sdn Bhd iaitu Nicholas Gordan yang turut menemani Mac.

Dalam pada itu, Mac akui agak terkilan kerana Ina ada memberitahunya bahawa setakat ini belum ada wakil persatuan artis atau wakil rakyat yang turun padang untuk membantu atau bertanya khabar.

Pada Jumaat lalu, rumah sewa dua tingkat yang didiami Shah bersama isteri, Ina Freshies dan tiga anak perempuan mereka di Taman Bukit Indah, Ampang, terbakar di tingkat atas kerana litar pintas.

Susulan kejadian, keluarga itu terpaksa berteduh di sebuah ‘homestay’ ihsan jiran mereka di kawasan berhampiran.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Asalkan Dia Bahagia, Gandingkan Syukri Yahya dan Aida Jebat

Gandingan Syukri Yahya dan Aida Jebat dalam drama terbaru di slot Akasia ini pastinya akan membuatkan para peminat setia ternanti-nanti.

Featured Thu, 22 Dec 2022
LIFESTYLE Mon, 20 Aug 2018

Euww… Busuknya Bau Kaki Kamu, Ikut Lima Langkah Ini!

Walaupun ada cara untuk mengatasi kaki berbau tetapi ini dikongsikan cara untuk mencegah kaki berbau

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Zizan Gunakan Platform Media Sosial Untuk Kekal Relevan Sebagai Pelawak

Berbual dengan Zizan, memang tak kering gusi dibuatnya.

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

No More Lee Kwang Soo in Busted?!

Fans aren’t excited about this…

Hiburan Thu, 18 May 2023