Artis Tak Popular Demand Letak Harga Tinggi, Ini Pendapat Micheal Ang – “Tak Perlu Kot Nak Viralkan”

Pelakon, pengarah dan penerbit, Micheal Ang berkongsi pendapat berkenaan dengan artis tidak popular yang meletakkan harga tinggi.

Kenyataan tersebut dikongsi menerusi kemas kini terbaharu di Instagram miliknya.

Mempunyai pendapat tersendiri mengenai isu berkenaan, Micheal menjawab soalan yang telah diajukan oleh pihak wartawan.

“Okay ni jawapan pada reporters yang call suruh komen pasal artis tak famous mintak bayaran tinggi. Macam nilah, semua orang ada harga mereka, mampu bayar tak mampu tukar artis lain. Tak perlu kot nak viralkan.

“I sebagai producer pun pelik jugak tak famous mana tapi mintak harga tinggi so I jawab je tak apalah kita tak mampu tapi lepas tu sumpah seranah dalam hati tak adalah nak pergi post sana sini.

“Tapi kadang-kadang kena faham artis tersebut saja letak harga tinggi-tinggi sebab sebenarnya tak nak buat job tu. Ini alasan I selalu pakai sebab kalau tolak dgn alasan script tak best ke, tak nak kerja sebab pelakon ke pengarah ke macam tak best so letak la harga tinggi. Mesti dia org senyap!” tulis Micheal.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju serta menyokong kenyataan yang dibuat oleh Micheal.

“Betul Mike cara paling halus nak tolak job dengan bagi harga tinggi or tak masuk akal. Kalau dorang sanggup bayar so worth of taking the job despite of certain reasons.

“Penolakan berhemahlah orang panggil.

“Bukan artis je bagi demand sebab nak tolak job. Orang lain pun buat macamtu. Ini namanya tolak job halus,” tulis netizen di ruangan komen.

Izzi Farhana