Hiburan By: Padin August 29, 2021 @ 2:54am

Artis Viral Shazriq Azeman Atur Langkah Baharu, Nyanyi OST Terlerai Noktah

Tiga tahun selepas klip nyanyian anak muda ini tular di media sosial, Shazriq Azeman, kini hadir bersama buah tangan baharu.

Persembahan nyanyian rangkaian lagu-lagu Kamelia (Sweet Charity), Fall For You (Secondhand Serenade) dan Bohemian Rhapsody (QUEEN) semasa acara Clash of Talents di Universiti Teknologi MARA Puncak Perdana membantu memperkenalkan bakat beliau kepada orang ramai.

Shazriq, 23, pernah menerbitkan lagu Sesuatu Yang Takkan Mungkin pada Januari 2019 dan kini, tiba masanya untuk jejaka itu menampilkan strategi baharu.

Karya berjudul Bebas, ciptaan dan nyanyian Shazriq bersama pendatang baharu ke gelanggang industri muzik tanah air, Le Mahar, Afaro dan Aizi menjadi percaturan baru dan menghiasi drama bersiri slot Samarinda TV3 berjudul Terlerai Noktah sebagai lagu tema.

“Bebas mengisahkan perhubungan yang toksik antara pasangan kekasih. Lagu genre power-pop memperagakan alunan vokal saya dan juga rangkap verse dari teman saya, Le Mahar. Lagu ini disusun, rakam dan diterbitkan oleh duo produksi, Afaro dan Aizi dari Reka Sounds.

“Pandemik Covid-19 yang melanda dunia hampir dua tahun ini telah memberi impak yang sangat besar kepada semua termasuklah dunia kreatif. Saya tidak mahu tunggu lagi. Saya rasa tiada masa lebih sesuai untuk saya keluarkan lagu dan melakarkan strategi baharu dengan lagu Bebas.

“Dengan dukungan syarikat Some Madd Records dikendalikan ahli keluarga saya sendiri dan edaran Alternate Records & Talents, saya yakin saya boleh bangkit semula sebagai anak seni dalam era norma baharu,” kata Shazriq.

Lagu Bebas edaran Alternate Records & Talents nyanyian Shazriq Azeman ini juga turut menampilkan Le Mahar, Afaro dan Aizi dan boleh didengarkan di semua pelantar digital bermula 27 Ogos 2021.

Jangan lupa saksikan Terlerai Noktah lakonan Nabila Huda, Ainul Aishah, Raysha Rizrose, Aidil Aziz, Atikah Suhaime dan ramai lagi.

Terlerai Noktah bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam dalam slot Samarinda, eksklusif di TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Jan 2020
Trending Wed, 9 Oct 2019

Menteri Pengangkutan Umum Penguatkuasaan e-Hailing

Ini Peraturan Yang anda Perlu Tahu

Featured Thu, 7 Apr 2022
Trending Sat, 19 Oct 2019

Thailand Dijangka Alami Musim Sejuk Suhu Serendah 7 Darjah Celcius

Tak payah pergi jauh jauh lagi kat Thailand pun dah sejuk

Selebriti Mon, 25 Sep 2023
Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Mon, 18 Oct 2021

Gara-Gara Lambat Masak, Pelanggan Restoran Fast Food Serang Pekerja Dengan Senduk Besi!

Seorang pelanggan wanita bertindak memukul seorang pekerja McDonald di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat (AS) kerana menunggu terlalu lama untuk mendapatkan makanan. Menurut polis, pelanggan itu memandu ke restoran berkenaan dengan menaiki sebuah kereta Chevrolet Impala […]