Hiburan By: Del14 September 1, 2019 @ 7:58pm

Ashraf Muslim Doakan Siapa Di Mekah?

Pelakon Ashraf Muslim baru-baru ini berada di Mekah Al-Mukarramah untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 sedikit sebanyak telah berkongsi perjalanan Hajinya di laman instagram beliau @ashrafmuslim. Ramai rakan artis dan peminat-peminat Ashraf telah berdoa beliau diberikan haji yang mabrur dan ada yang meminta pelakon itu mendoakan mereka di  Tanah Haram.  

 

Ashraf Muslim di Padang Arafah – dari laman instagram @ashrafmuslim

Pelakon Ardell Aryana terharu dengan doa yang dibuat oleh Ashraf Muslim untuk dirinya

 

Tidak terkecuali, sahabat Ashraf iaitu pelakon Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Ardell Aryana, yang tidak dapat menyorok rasa terharu dan terujanya apabila temannya itu telah menghantar video mendoakannya di hadapan kaabah dan telah berkongsi video itu di IGTVnya. Antara doa-doa yang dibuat oleh Ashraf ialah supaya Ardell diampunkan dosa, dimurahkan rezeki, menjadi wanita yang solehah dan ibu yang mithali dan diberikan jodoh yang baik dan dapat membimbing beliau ke syurga. 

 

 

Semoga segala amalan dan doa-doa Ashraf diterima Allah swt dan semoga perjalanan Haji ini menjadi kenangan manis beliau untuk sentiasa menjadi seorang Muslim yang lebih baik hari ini dan hari-hari yang mendatang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 3 Mar 2023
Hiburan Mon, 23 May 2022
Hiburan Sat, 30 Nov 2019

Terkejut Orang Masih Ingat…

Semoga sukses di AJL34 nanti!

Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Shaheizy Sam Ditegur Sebab Boroi

kadang kurus, kadang gemuk…artis juga manusia biasa.

Hiburan Fri, 17 Nov 2023