Hiburan By: Salma Syahbuddin August 20, 2018 @ 12:37pm

Ask Me Question? Jawapan Fynn Jamal Betul-Betul Mengejutkan

Rasanya ada lagi ke yang masih tidak mengenali siapakah agaknya Fynn Jamal setelah video beliau diluar negara viral pada tahun 2013. Semenjak itu, nama beliau semakin menjadi tumpuan walaupun ada diantara nya adalah kontroversi melibatkan diri beliau.

Kali ini, Fynn sekali lagi mencuri perhatian apabila, kenyataan yang diberikan oleh beliau melalui ruangan Ask Me Question di laman instagram miliknya mendapat kecaman hebat daripada netizen. Al-maklumlah jawapan yang diberikan itu dianggap tidak sesuai untuk golongan remaja yang bertanyakan perihal keletihan akibat belajar. Nak tahu Fynn jawab apa?

Dan, rata-rata netizen memberikan komen negatif terhadap kenyataan yang diberikan oleh Fynn. Kerana, netizen berpendapat jawapan yang diberikan oleh seorang yang berpendidikan seperti Fynn itu adalah tidak munasabah. Seolah-olah menggalakkan pelajar atau golongan muda ini membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Lebih-lebih lagi, golongan muda yang semakin terikut-ikut dengan lagak orang Korea yang sering terpalit dengan masalah depresi.

Namun, terdapat juga segelintir netizen yang mengaitkan bahawa tindakan Fynn memberi kan jawapan secara direct ini menjadi punca kenapa beliau masih tidak mempunyai zuriat sehingga kini.

Apapun, memang benar tindakan Fynn memberikan jawapan sebegitu dianggap sangat tidak bermoral. Walaupun beliau dilihat lebih suka menggunakan pendekatan dakwah sentap, tetapi itu bukanlah alasan bagi seorang yang dikenali memberikan jawapan kepada golongan remaja yang masih tidak tahu hala tuju diri sendiri. Betul tak?

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 12 Jan 2019

Ibu Diana, Linda Rafar Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat Allayarhamah Rasimah Abdul Rahman…

Hiburan Sun, 25 Mar 2018

《The Voice决战好声终极八强合辑》大马宣传行程

《The Voice决战好声终极八强合辑》强势发行!4月份八强将分别在槟城、吉隆坡以及柔佛为合辑举办宣传活动,邀您到现场见证他们的实力唱功!

Featured Sat, 18 Mar 2023
Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Black, Hazama, Tomok Dan Akim Bakal ‘Gegar’ Istana Budaya

Semua ada keunikan masing-masing! Tak sabar!