Hiburan By: SGMS Faida October 29, 2018 @ 10:28am

#ASK2018; Susah Nak Jangka Siapa Bakal Menang

Anugerah Skrin (ASK) 2018 turut menyaksikan pencalonan nama Nad Zainal menerusi dua drama lakonanannya tercalon iaitu Dosa Perempuan dan Fatonah Azali.

Pelakon kecil molek ini ketika ditemui di sidang media Anugerah Skrin (ASK) 2018 memberitahu dia bersyukur namanya turut mendapat pencalonan tahun ini.

“ Semua drama yang tercalon ada kekuatan tersendiri. Saya serahkan semuanya kepada rezeki.

“ Ini kerana kebanyakan drama yang bertanding mengangkat tema yang serupa, susah saya nak ramal siapa bakal menang,” katanya.

Tambah Nad, dia tidak terkejut sekiranya barisan juri memilih drama yang mengangkat tema dan mesej berlainan sebagai pemenang kali ini.

Nad Zainal juga disebut-sebut sebagai calon yang boleh menang besar menerusi telefilem Fatonah Azali. Telefilem ini mengenai perkahwinan atas dasar membalas hutang budi, namun bezanya tidak ada istilah jatuh cinta tetapi pengorbanan antara seorang anak kepada ayahnya yang perlu menjaga ibu tiri yang lebih muda seperti ibu kandung sendiri selepas kematian ayahnya itu. Tidak klise bukan? 

Dalam perkembangan lain, Nad teruja apabila produk kecantikannya kini sudah menembusi pasaran Indonesia.

“ Alhamdulillah saya taj sangka sebab pada mulanya tumpuan hanya pada pasaran Singapura.

“ Tapi tak sangka ramai juga yang berminat di Indonesia. Bersyukur saya dapat kembangkan bisnes hingga ke sana. Dalam masa sama, saya juga dah ada stokis di sana,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Cahaya Mata Wed, 7 Sep 2022

Jihan Muse Selamat Melahirkan Anak Kedua

Alhamdulillah selamat semuanya.. Tahniah Jihan dan suami..

Featured Mon, 27 Mar 2023
Trending Tue, 7 Jun 2022

“Saya Nak Runtuhkan Rumah…” – Kak KM Beli Banglo RM5 Juta, Netizen Kata Menunjuk

Kak KM nak ubahsuai rumah, tak nak tinggal rumah bekas penghuni lama.

Hiburan Mon, 6 Apr 2020
Trending Thu, 2 Jun 2022

Noh Hujan Terkesan Dengan Pemergian Remaja Yang Dijumpai Mati Dalam MPV

Noh Salleh turut berduka cita dengan kematian dua remaja yang dijumpai di dalam sebuah MPV.

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Pelawak Popular Indonesia Sule Bakal Kahwin Lagi?

Selamat pengantin baru Pak Sule!

Trending Thu, 4 Aug 2022

“Kami Bukan Nak Cekik Darah” – Che Ta Hairan Netizen Persoal Harga Produk Inainya

Che Ta hairan netizen persoalkan harga inainya yang sangat berpatutan.