Pemilik nama Azwan Ali atau Diva AA sememangnya tidak pernah lari daripada kontroversi.
Baru-baru ini, potongan video Azwan menjawab soalan mengenai malaikat munkar dan nakir tular dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
Difahamkan, Azwan Ali telah hadir sebagai tetamu jemputan di video podcast terbitan stesen radio Singapura OKAYLETSGO.
Ketika ditanya soalan yang dihantar oleh pendengar podcast berbunyi, “Apa persiapan Diva AA bila bertemu malaikat Munkar dan Nakir?” Azwan dengan santai menjawab, “Aku akan ‘sound’ Munkar dan Nakir, suruh sebat mak bapak kau dulu,”.
Jawapan tersebut kemudian disusuli oleh gelak ketawa dua penyampai radio berkenaan.
Semoga kita dan ahli keluarga kita dijauhkan dari azab kubur dan dilancarkan tutur kata untuk menjawab soalan Malaikat Munkar dan Nakir.
Tak boleh bayang betapa hebatnya kita mampu nak 'sound' malaikat di alam barzakh sana.
Nauzubillah. pic.twitter.com/JM4BENyIU4
— Que Sign No Vek (@Quebax) August 12, 2021
Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet yang menyifatkan ianya sebagai keterlaluan dan tidak menjaga sensitiviti agama.
Malah, ramai yang kecewa dengan jawapannya yang secara terang-terangan mempersendakan agama.
Video itu juga turut mendapat perhatian personaliti TV terkenal, Fedtri Yahya yang memuat naik video berkenaan dengan kapsyen kecewa apabila perkara seperti itu dibuat main.
Menerusi komen daripada warganet, ramai yang meminta agar Azwan Ali segera bertaubat dan menjaga tutur kata dalam soal agama.